Utusan Borneo (Sabah)

Sukan beri manfaat kepada pencintany­a

-

PITAS: Melipat gandakan usaha dan mempelbaga­ikan aktiviti demi memperoleh­i dana yang lebih banyak bukan sahaja memantapka­n ekonomi kelab malah lebih mudah untuk mengadakan sesuatu program.

Penaung Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia AIM Pitas Datuk Seri Dr. Rudy Awah berkata, mempelbaga­ikan aktiviti seperti kejohanan badminton bukan sahaja bertujuan bersukan sebaliknya boleh dijadikan sebagai modal dalam memperkasa­kan semangat silaturahi­m dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, Kelab Usahawan AIM Pitas baru berusia dua tahun namun berjaya mengadakan kejohanan badminton seperti hari ini.

“Dan jika tidak ada aral melintang, pada tahun depan kejohanan seperti ini diadakan dalam dua kategori terbuka dan kategori untuk warga AIM Pitas sahaja.

“Saya berharap agar warga AIM Pitas sentiasa giat berlatih di masa lapang agar mereka tidak menghadapi masalah apabila menyertai kejohanan seperti ini kelak,” tegasnya.

Rudy berkata demikian di Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Badminton Tertutup AIM Pitas 2018 anjuran bersama Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Pitas dan Persatuan Badminton Daerah Pitas di Dewan Majlis Daerah, di sini pada Ahad.

Terdahulu, Pengurus Cawangan AIM Pitas Nasiruddin Kadri berkata, program ini bertujuan untuk mungumpul dana untuk aktiviti lain kelab AIM Pitas.

Katanya, kejohanan seumpamain­ibolehmenj­alin hubungan silaturahi­m dan semangat perpaduan dengan masyarakat luar.

Dalam kejohanan itu, pasangan Norazlan dan Sanif Alfia dinobatkan juara kategori beregu lelaki diikuti gandingan Lewell dan Shail naib johan, ketiga Anuar dan Fizul dan tempat keempat pasangan Fahmi dan Saffran.

Bagi kategori beregu perempuan johan disandang oleh pasangan Asnah Abdul Lassim dan Nur Adila Syafiqah Adiman, naib johan Julinah dan Rusme, ketiga Nabilla dan Syamilla manakala tempat keempat Jocye dan Noraini Said.

Bagi kategori lelaki 70, johan disandang oleh Sanif Alfia dan Sharil, kedua Amran dan Lewell, ketiga pasangan Norazlan dan Ugama dan keempat pasangan Rajis dan Salim.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai dan hamper.

Di majlis itu Rudy telah menyumbang RM1,000 untuk Kelab AIM Pitas.

 ??  ?? RAHMAN (dari kiri) dan Hamsiah, Nasiruddin dan Ghani (tengah) menyaksika­n Rudy (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada Sanif Alfia dan pasanganny­a.
RAHMAN (dari kiri) dan Hamsiah, Nasiruddin dan Ghani (tengah) menyaksika­n Rudy (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada Sanif Alfia dan pasanganny­a.
 ??  ?? HAMSIAH (kiri) turut menyampaik­an hadiah johan regu perempuan kepada Asnah Abdul Lasim dan Nur adilah Syafiqah Adiman.
HAMSIAH (kiri) turut menyampaik­an hadiah johan regu perempuan kepada Asnah Abdul Lasim dan Nur adilah Syafiqah Adiman.
 ??  ?? RUDY mengabadik­an gambar kenangan bersama para pemenang dan ahli jawatankua­sa penganjur kejohanan.
RUDY mengabadik­an gambar kenangan bersama para pemenang dan ahli jawatankua­sa penganjur kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia