Utusan Borneo (Sabah)

The Citizens sentap United, kembali ungguli tangga teratas Liga Perdana

-

LONDON, England: Manchester City melonjak kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan kelab jiran, Manchester United 3-1 ketika Liverpool mengekalka­n saingan dengan kemenangan 2-0 ke atas Fulham Ahad lepas.

Chelsea, seperti City dan Liverpool, masih belum tewas musim ini tetapi tercicir dua mata apabila seri tanpa jaringan dengan Everton di Stamford Bridge sementara Arsenal juga terlepas peluang memintas Tottenham Hotspur ke tangga keempat selepas memerlukan gol penyamaan lewat Henrikh Mkhitaryan untuk keputusan 1-1 ketika menentang Wolves di Stadium Emirates.

City kekal dua mata di hadapan Liverpool tetapi mempunyai empat mata di hadapan Chelsea.

Gol dari David Silva dan Sergio Aguero meletakkan City selesa di hadapan sebelum Anthony Martial merapatkan kedudukan dari satu tendangan penalti untuk menghidupk­an harapan kebangkita­n United.

Tetapi Ilkay Gundogan melengkapk­an jaringan empat minit sebelum tamat permainan untuk menamatkan sebarang kebangkita­n United.

“Saya fikir Man City sekarang dan Liverpool, Chelsea dan malah Arsenal dan Tottenham mempunyai peluang menjadi juara, bukan hanya City. Kami hanya dua mata di hadapan,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Apa yang penting ialah kami konsisten, kami bermain dengan baik kebanyakan masa dan sentiasa melihat banyak perkara yang boleh diperbaiki lagi.”

Pengurus United, Jose Mourinho, menerima di mana pasukannya kini bukan sahaja cuba bersaing untuk berada dalam empat tangga teratas liga selepas muncul naib juara musim lepas.

“Sejak awal musim, kami tahu kedudukan kami di tempat kedua musim lepas adalah satu pencapaian hebat dan musim ini, kami akan hanya bersaing untuk empat tangga teratas,” kata Mourinho.

“Untuk bercakap tentang kejuaraan, anda perlu berada di tangga teratas. Jadi mari berusaha untuk merapatkan kedudukan dan berada dalam empat tangga teratas, jika suatu hari nanti kami naik ke empat tangga teratas, kita akan melihat apa perbezaann­ya.”

United menjaringk­an dua gol pada lima minit terakhir untuk menewaskan Juventus 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pada hari Rabu sementara City membelasah Shakhtar Donetsk 6-0 pada kejohanan yang sama.

Dan Mourinho menggunaka­n persediaan lebih sukar untuk menjelaska­n perbezaan besar di antara kedua-dua pasukan.

“Semua orang harus bersetuju, ia satu perkara untuk pergi ke Juventus dan menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia untuk 90 minit dan satu perkara lain menewaskan Shakhtar Donetsk 6-0 di tepat sendiri dan berasa sangat tenang,” kata Mourinho. “Kami tiba dalam situasi berbeza.”

 ?? — Gambar Reuters ?? GUNDOGAN (kanan) menjaringk­an gol ketiga City ketika beraksi pada perlawanan liga menentang United di Stadium Etihad, Manchester Ahad lepas.
— Gambar Reuters GUNDOGAN (kanan) menjaringk­an gol ketiga City ketika beraksi pada perlawanan liga menentang United di Stadium Etihad, Manchester Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia