Utusan Borneo (Sabah)

Hatrik Cavani lanjutkan rekod sempurna PSG dalam Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Permulaan buruk Thierry Henry sebagai jurulatih Monaco berterusan apabila hatrik Edinson Cavani membolehka­n Paris Saint Germain (PSG) menang mudah 4-0, sekali gus menyaksika­n mereka melanjutka­n rekod sempurna dalam Ligue 1 Perancis musim ini.

Neymar menjaringk­an penalti untuk melengkapk­an kemenangan PSG, yang mencipta 13 kemenangan dari 13 perlawanan di bawah kendalian Thomas Tuchel, memperbaik­i rekod cemerlang mereka di Perancis dan juga di kalangan lima liga besar di Eropah.

Keputusan hadir selepas satu minggu dicemari pendedahan oleh siasatan dari laman sesawang Perancis, Mediapart di mana pencari bakat remaja di PSG melakukan pencarian pemain secara rasis sejak beberapa tahun.

Tetapi ketika mereka memiliki kelebihan 13 mata berbanding pasukan di tangga kedua, Lille, kelab menjadi pencabar utama mereka sejak beberapa musim terus mengharung­i penurunan prestasi yang membimbang­kan dengan Henry sekali lagi tidak mampu berbuat apa-apa dari tepi padang.

Juara pada 2017, Monaco kini berada dalam zon penyingkir­an dan lima mata dari zon selamat selepas gagal menang kesemua enam perlawanan dalam semua pertanding­an sejak bekas bintang kelab Arsenal dan skuad antarabang­sa Perancis mengambil alih tugas sebagai jurulatih.

Mereka juga sudah mengharung­i 16 perlawanan tanpa menang, dengan kekalahan 0-4 adalah mirip kekalahan kepada Club Brugge dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Monaco berada pada rekod terburuk mereka dalam liga utama sejak 32 tahun, pada masa apabila laman Football Leaks mendakwa tentang kesalahan Kewangan Bersih (FFP) dan penahanan pemilik kelab, Dmitry Rybolovlev atas dakwaan rasuah yang terus menyelubun­gi kelab.

“Kami bermain untuk terus kekal dalam liga, itu sahaja,” kata Henry, yang memulakan tugas dengan skuad diselubung­i krisis kecederaan.

Beliau kehilangan beberapa pemain utama kerana kecederaan atau penggantun­gan pada perlawanan Ahad lepas ,dengan Nacer Chadli dan penggantin­ya, Jordi Mboula juga mengalami kecederaan.

“Kami hilang dua lagi pemain malam ini, jadi senarai menjadi semakin panjang,” kata beliau sambil menambah; “Saya kekal positif kerana walaupun dengan semua masalah ini, kami masih mampu mencipta peluang ketika menentang PSG.”

 ?? — Gambar Reuters ?? CAVANI (dua kiri) ceria selepas mencipta hatrik ketika membantu PSG menewaskan Monaco pada aksi Ligue 1 Perancis di Stade Louis II, Monaco pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters CAVANI (dua kiri) ceria selepas mencipta hatrik ketika membantu PSG menewaskan Monaco pada aksi Ligue 1 Perancis di Stade Louis II, Monaco pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia