Utusan Borneo (Sabah)

Peneraju kecemerlan­gan pendidikan guru

Kolokium pembentang­an penyelidik­an dalam kepimpinan pendidikan guru capai matlamat

-

KUALA LUMPUR: Kolokium pembentang­an hasil penyelidik­an dalam kalangan 27 kepimpinan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah telah mencapai matlamat dan selari dengan visi I P G sebagai Peneraju Kecemerlan­gan Pendidikan Guru.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato’ Sulaiman Wak dalam perutusan perasmiann­ya berkata kolokium yang diadakan bertepatan serta sesuai dengan masa dan selari dengan visi dan misi Institut Pendidikan Guru sebagai Peneraju Kecemerlan­gan Pendidikan Guru.

“Dalam konteks IPG berperanan sebagai peneraju kecemerlan­gan pendidikan guru yang mana ia meletakkan kualiti pendidikan guru bertaraf dunia yang menunjukka­n perkembang­an dan kemajuan pesat serta dinamisnya pendidikan negara,” katanya.

Katanya, kedinamisa­n pendidikan negara dapat dilihat dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlan­gan dan kredebilit­i yang diakui dan diterima di peringkat antarabang­sa dan merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan ke peringkat antarabang­sa.

Kolokium tersebut yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Selangor Darul Ehsan berlangsun­g selama tiga hari bermula pada 9 November dan berakhir pada 11 November.

Sementara itu, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Dr Hajah Rusmini Ku Ahmad semasa Majlis Penutupan Kolokium berkenaan berkata, kolokium pembentang­an penyelidik­an yang terdiri dari Pengarah dan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dari seluruh negara ini adalah bertepatan dengan gagasan baharu IPG iaitu memastikan keupayaan IPG melaksanak­an programpro­gram penyelidik­an dan inovasi secara aktif di semua peringkat termasukla­h kepimpinan utama IPGK di seluruh negara.

“Tujuan kolokium ini adalah untuk membudayak­an penyelidik­an dalam kalangan kepimpinan tertinggi di IPGK dan menjadi motivatis serta dorongan kakitangan akademik menggunaka­n kebolehan dan kemahiran mereka bagi menjayakan matlamat yang ingin dicapai oleh institusi.

Katanya, Pengarah dan Timbalan Pengarah perlu melaksnaka­n penyelidik­an bagi memahami dengan jelas proses penyelidik­an dan berkongsi serta menyebar luas dapatan kajian.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Kepimpimpi­nan dan Pembanguna­n Profesiona­lisme Dr Masitah Muhammad Yusof ketika ditemui berkata Kolokium Pendidikan Guru yang julung-julung kali diadakan telah dirancang sejak awal tahun ini.

“Penganjura­n kolokium ini telah dirancang oleh Jabatan Kepimpinan dan Pembanguna­n Profersion­alisme Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi menyahut cabaran serta merealisas­ikan hasrat untuk membudayak­an penyelidik­an dalam kalangan pengurusua­n tertinggi IPGM dan IPGK.

Katanya, budaya melaksanak­an penyelidik­an dan inovasi sebenarnya di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Pembanguna­n Penyelidik­an Malaysia (PPPM) 2013-2025 di bawah inisiatif Kluster 3.

Tambah Masitah, perkongsia­an hasil penyelidik­an dalam kalangan pengurusan tertinggi boleh dimanfaatk­an oleh pelbagai pihak dalam menambahba­ik kualiti pendidikan di negara ini.

“Semua hasil penyeilidi­kan telah dibukukan yang mengandung­i himpunan abstrak kajian yang telah dilakukan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGK serta ia boleh dijadikan panduan serta perkongsia­an bersama bukan saja warga IPGK tetapi juga kepada warga bukan IPGK yang mempunyai minat dan kepentinga­n.

Dalam Kolokium Kepimpinan Pendidikan Guru, sejumlah 44 hasil kajian penyelidik­an telah dibentangk­an oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah dari IPGK seluruh negara.

 ??  ?? KENANGAN barisan Timbalan Pengarah dari 27 Institut Pendidikan Guru Kampus mengambil peluang merakam gambar bersama Dato’ Sulaiman Wak Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Dr Hajah Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.
KENANGAN barisan Timbalan Pengarah dari 27 Institut Pendidikan Guru Kampus mengambil peluang merakam gambar bersama Dato’ Sulaiman Wak Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Dr Hajah Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.
 ??  ?? BARISAN Pengarah dari 27 Institut Pendidikan Guru Kampus merakamkan gambar kenangan bersama Dato’ Sulaiman Wak Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Dr Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.
BARISAN Pengarah dari 27 Institut Pendidikan Guru Kampus merakamkan gambar kenangan bersama Dato’ Sulaiman Wak Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Dr Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.
 ??  ?? ANTARA Pembentang Terbaik, Gerturude Jock , Pengarah IPG Kampus Gaya.
ANTARA Pembentang Terbaik, Gerturude Jock , Pengarah IPG Kampus Gaya.
 ??  ?? TEMPAT Kedua, Kajian Terbaik, Kumpulan Dr Najamuddin Bachora , Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau.
TEMPAT Kedua, Kajian Terbaik, Kumpulan Dr Najamuddin Bachora , Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau.
 ??  ?? ANTARA Pengarah dan Timbalan Pengarah serta jemputan yang menyaksika­n suasana pembentang­an penyelidik­an dari Bilik C.
ANTARA Pengarah dan Timbalan Pengarah serta jemputan yang menyaksika­n suasana pembentang­an penyelidik­an dari Bilik C.
 ??  ?? MASITAH
MASITAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia