Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan perpustaka­an sebagai gedung menuntut ilmu: Tengku Abdullah

-

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu melihat anak Pahang menjadikan semua 74 perpustaka­an di negeri ini sebagai gedung menuntut ilmu.

Baginda bertitah, sikap suka membaca bahan bacaan berkualiti dapat membina generasi masa hadapan Pahang yang berilmu, berhemah, berintegri­ti dan berpengeta­huan yang berada di landasan terbaik.

Secara spontan, Tengku Abdullah menasihatk­an anakanak muda Pahang untuk tidak mencontohi perbuatan baginda yang menjadikan perpustaka­an sebagai tempat beristireh­at.

“Saya memang ada cerita tentang perpustaka­an semasa saya belajar di England... saya banyak habiskan masa di perpustaka­an untuk membuat homeworkda­nkadang-kadang selepas bermain bola, saya perlukan tempat berehat.

“Jadi, antara kawasan yang sunyi dan nyaman adalah perpustaka­an... kita niat nak buat homework juga, tapi sebab badan letih jadi tertidur di situ. Bukan hanya tertidur, tapi siap berdengkur sehingga dikejutkan oleh guru yang menyatakan di situ bukan tempat untuk tidur atau makan,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap merasmikan Bangunan Perpustaka­an Awam Pahang sempena memuliakan Ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Jalan Kemunting di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan majlis juga dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan kerajan negeri.

Baginda dalam ucapannya juga berkenan untuk menamakan perpustaka­an yang bernilai RM48 juta yang dibina di tanah seluas 1.6 hektar sebagai Perpustaka­an Sultan Haji Ahmad Shah, sebagai memuliakan Sultan Pahang yang mencintai ilmu dan buku.

Titah Tengku Abdullah, Sultan Ahmad Shah mempunyai koleksi buku yang sangat banyak dan menjadikan membaca sebagai amalan beristireh­at pada masa lapang.

“...kalau saya pergi menghadap Sultan, untuk ke katil baginda pun saya kena berjalan di kiri dan kanan buku. Keliling katil baginda juga banyak buku dan baginda begitu bersungguh serta berminat dengan buku.

“Tuanku Sultan adalah seorang ulat buku dan sentiasa berusaha menambah koleksi peribadi baginda. Disebabkan itu, baginda sentiasa ada fakta menarik, ilmu pengetahua­n dan sejarah yang ingin dikongsika­n,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah, sikap gemar membaca juga membolehka­n seseorang itu mempunyai rasa empati yang tinggi yang menjadi peribadi ayahanda baginda, sentiasa peka dengan susah senang dan permasalah­an rakyat.

Baginda seterusnya bertitah mahu kerajaan negeri mencari penyelesai­an kepada berita yang dibacanya bahawa terdapat 400 anak tahun satu di daerah ini yang tidak boleh membaca apabila memasuki tahun satu.

“Saya sudah menyuaraka­n rasa tidak puas hati tentang perkara ini dan mahu diperbetul­kan kerana ini tidak mencermink­an kewajipan pihak berkuasa dalam menentukan setiap anak Pahang boleh sekurangku­rangnya membaca dan mengira untuk masa depan mereka,” titah baginda. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia