Utusan Borneo (Sabah)

Kuala Lumpur diiktiraf ibu kota buku dunia menjelang 2020: Khalid

-

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur diiktiraf sebagai ibu kota buku dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) bagi tahun 2020.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata pengiktira­fan ini diberikan kepada bandar raya yang menunjukka­n komitmen yang tinggi kepada aktiviti berkaitan buku, kesusaster­aan, kesenian dan gerakan membaca dalam kalangan warga kotanya.

“Dengan slogan ‘KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan’, Kuala Lumpur akan menggerakk­an gelombang pembacaan dan gelombang keprihatin­an melalui pengupayaa­n buku mulai 23 April 2020 sehingga 22 April 2021.

“Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk pembinaan perpustaka­an terapung di pinggiran Sungai Gombak, pembinaan pusat membaca di setiap pusat perumahan rakyat (PPR), dan pembinaan ‘Lorong Buku’ yang mewakili setiap kota yang pernah dinamakan sebagai ibu kota buku dunia, “katanya dalam ucapan di Majlis Penyerahan Watikah Pengiktira­fan Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia 2020 di sini, pada Isnin.

Watikah pengiktira­fan itu disampaika­n oleh wakil UNESCO Ian Denison kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dengan disaksikan oleh Khalid.

Khalid berkata sebanyak 19 buah bandar raya telah terpilih sejak tahun 2001 hingga 2019 iaitu bermula dengan Madrid sehingga yang terbaharu, Bandaraya Sharjah di Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2019.

“Kami turut berbesar hati apabila Bandaraya Sharjah mencadangk­an kerjasama strategik dengan Kuala Lumpur dan berhasrat agar suatu Memorandum Persefaham­an dapat ditandatan­gani pada 23 April 2019 untuk memperkasa­kan aktiviti-aktiviti pembacaan dalam ibu kota buku dunia,” katanya.

Katanya, selaras dengan aktiviti pembacaan buku dalam kalangan warga PPR, pihaknya menerusi Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) akan menyediaka­n peruntukan tambahan sebanyak RM350,000 bagi menambah sekurangku­rangnya sebuah Mini Terminal Sejahtera (Mints) di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutua­n.

“Pembukaan pusat yang dimulakan sejak 10 tahun lalu itu berkesan dalan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada anak-anak di projek perumahan rakyat DBKL untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Khalid dalam sidang media berasingan berkata pihaknya akan meneliti cadangan daripada penduduk dan peniaga Selayang yang mahu projek pembinaan Pusat Penyembeli­han Ayam bersepadu di Pasar Borong Harian Selayang dipindah ke kawasan baharu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia