Utusan Borneo (Sabah)

Kaji subsidi bahan api

Subsidi hanya kepada kenderaan berkapasit­i 1,500cc ke bawah tidak sesuai diaplikasi di Sarawak

-

MIRI: Penduduk luar bandar di sini melahirkan rasa tidak puashatide­nganpengum­uman Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Belanjawan 2019 baru-baru ini, mengenai subsidi bahan api yang hanya diberikan kepada kenderaan berkapasit­i enjin 1,500cc dan ke bawah.

Ketua Pemuda PBB Mulu UsatBilong­berkata kebanyakan masyarakat luar bandar di Sarawak menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mempunyai kapasiti enjin di atas 2,400cc, bukan kerana mereka berduit dan mampu tetapi kerana keperluan dan keadaan jalan balak yang hanya sesuai untuk kenderaan jenis itu.

“Ini kerana hanya kenderaan jenis 4WD yang mempunyai kemampun untuk meredah jalan pembalakan di kawasan luar bandar negeri ini.

“Lim Guan Eng harus datang ke sini sebelum membuat anggaran cadangan dan melihat sendiri keadaan di Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Sabtu.

“Sebagai contoh penduduk yang tinggal di kawasan Baram, kami tidak mempunyai pilihan dan perlu membeli kenderaan 4x4 (4WD) dengan kapasiti enjin 2,400cc dan ke atas kerana 90 peratus jalan luar bandar di Baram adalah jalan pembalakan,” tambahnya.

Pengumuman menteri kewangan itu katanya, amat mengejutka­n masyarakat luar bandar di negeri ini, sekali gus menyifatka­n ia adalah pembentang­an bajet yang amat tidak adil kepada golongan miskin dan kurang berkemampu­an.

Ketua Pemuda PBB Mulu

Menurut Usat yang berasal dari kawasan Mulu, dengan keadaan infrastruk­tur sekarang jalan pembalakan satu-satunya hubungan yang menyambung luar bandar di sini dengan bandar-bandar besar seperti Miri dan Bintulu dan kenderaan seperti 4WD adalah ‘nadi’ penduduk untuk bergerak dan merancakka­n ekonomi mereka.

“Justeru kami penduduk dari kawasan luar bandar ini, amat berasa tidak puas hati serta tidak adil atas cadangan menteri kewangan itu,” tegasnya.

Beliau malah menegaskan, bagi Sabah dan Sarawak, subsidi bahan api harus mencakupi kenderaaan berenjin 2,500cc dan ke atas, dengan mempertimb­angkan keadaan jalan di kawasan luar bandar yang masih dalam keadaan buruk dan tidak seperti di Semenanjun­g Malaysia yang mempunyai jalan berturap dan lebuh raya yang baik termasuk ke kampung-kampung.

Sehubungan itu beliau amat berharap Lim dapat melihat dan mengkajise­mulasubsid­iminyak dan mempertimb­angkan rayuan masyarakat miskin yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, yang masih memerlukan bantuan kerajaan dan subsidi kerajaan persekutua­n.

Berkongsi pandangan yang sama ialah Ketua Pemuda PBB Telang Usan Kaunselor Dominic Nyurang, yang menyifatka­n pengumuman menteri kewangan itu sebagai tidak adil kepada penduduk luar bandar terutama di Baram yang miskin dan masih bergantung kepada laluan pembalakan.

Beliau menegaskan bahawa majoriti pemilik kenderaan di Baram menggunaka­n 4WD dengan kapasiti tidak kurang daripada 2,400cc.

“Ini kerana hakikat bahawa jalan menuju ke kampung kami adalah jalan balak yang berlumpur terutama pada musim hujan, bukan seperti jalan-jalan kampung di Semenanjun­g sana. Maka hanya kenderaan jenis 4X4 sahaja yang sesuai digunakan di sini,” tegas beliau.

MenurutDom­inic,disamping keadaan jalan raya, penduduk di Baram kebanyakan­nya bergantung kepada pertanian sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Justeru, kenderaan 4WD terutama jenis pikap 4X4 adalah pilihan terbaik untuk mengangkut produk pertanian terutama kelapa sawit ke kilang terdekat, selain hasil pertanian dan ternakan lain yang perlu dipasarkan ke pekan-pekan atau bandar utama seperti Miri.

“Ia adalah nadi kami dan (4WD) adalah satu-satunya cara yang amat praktikal serta lebih cepat sebagai pengangkut­an di luar bandar.

“Bandingkan dengan 20 tahun yang lalu, di mana perahu panjang adalah satusatuny­a pilihan kami,” jelas beliau.

“Jadi, betapa pentingnya kenderaan 4WD ini kepada pendudukBa­ram yang berfungsi sebagai pengangkut­an utama untuk pergi ke bandar dan hospital terdekat di Miri dan di bahagian berdekatan,” tambahnya.

Oleh yang demikian ujarnya, kerajaan harus meneruskan dasar-dasar yang baik yang membantu rakyat di luar bandar yang dilaksanak­an pemerintah sebelumnya.

“Sebagai contoh penduduk yang tinggal di kawasan Baram, kami tidak mempunyai pilihan dan perlu membeli kenderaan 4x4 (4WD) dengan kapasiti enjin 2,400cc dan ke atas kerana 90 peratus jalan luar bandar di Baram adalah jalan pembalakan.

USAT BILONG

 ??  ?? GAMBAR arkib Utusan Borneo menunjukka­n ADUN Telang Usan Dennis Ngau meredah salah satu laluan pembalakan di Ulu Baram menggunaka­n kenderaan 4WD.
GAMBAR arkib Utusan Borneo menunjukka­n ADUN Telang Usan Dennis Ngau meredah salah satu laluan pembalakan di Ulu Baram menggunaka­n kenderaan 4WD.
 ??  ?? USAT
USAT
 ??  ?? DOMINIC
DOMINIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia