Utusan Borneo (Sabah)

Baharuddin tidak akan ambil sebarang tindakan terhadap dakwaan Iswardy

-

KUCHING: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petra Jaya Baharuddin Datuk Mokhsentid­akakanmeng­ambil sebarang tindakan terhadap dakwaan Iswardy Morni yang dilaporkan terhadapny­a.

“Setakat ini saya tidak akan mengambil tindakan terhadapny­a. Apa jua tuduhan negatif yang dilemparka­n, saya terima dengan hati terbuka.

“Terpulang kepada dia untuk membuat laporan polis, sebab seperti yang saya tahu, kita akur dengan keputusan yang dibuat Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP),” katanya ketika ditemui media di Pusat Mengundi Cabang Petra Jaya di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, ‘kekeliruan tarikh’ yang dilaporkan secara meluas pada 10 November (Sabtu) disebabkan masalah teknikal.

“Masalah yang berlaku semalam (10 November) adalah disebabkan masalah teknikal. Anda tidak boleh menyalahka­n mana-mana pihak.

“Contohnya, JPP sudah memaklumka­n Cabang Bandar Kuching tentang pertukaran tarikh mengundi dari hari Ahad kepada Sabtu. Bagaimanap­un, Cabang Petra Jaya dimaklumka­n lebih awal lagi tentang pertukaran tarikh itu,” tegasnya.

Ketua Cabang PKR Petra Jaya yang memenangi pemilihan parti itu berkata, pasukannya menerima surat notis mengenai tarikh pemilihan daripada JPP pada 7 November.

“Surat itu bukan hanya kepada saya, tetapi seluruh cabang berkenaan yang disenaraik­an membuat pemilihan hari Ahad. Jadi kita bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) daripada parti,” katanya.

Bagaimanap­un beliau mengakui tindakan pencabarny­a, Iswardy Morni membuat laporan polis itu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya selaku ahli yang senior dalam parti di Sarawak.

“Dia (Iswardy) berkata saya mempunyai ‘tangan magik’. Dakwaan itu salah sama sekali kerana saya tiada kuasa seperti yang digembar-gemburkan. Ini sangat menyedihka­n.

“Dia sepatutnya tidak menuding jari kepada saya kerana kejadian yang berlaku tiada kaitan dengan saya. Dia sepatutnya menyalahka­n JPP,” katanya sambil memberitah­u, pilihan raya parti yang sedang berlangsun­g adalah pertanding­an kekeluarga­an.

 ??  ?? BAHARUDDIN
BAHARUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia