Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia kembali lagi bakal mengiktira­f kecemerlan­gan amalan dalam industri hartanah Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa Malaysia (FIABCI) Malaysia sekali lagi akan menganjurk­an satu majlis berprestij Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2018 bagi mengiktira­f kecemerlan­gan amalan dalam industri hartanah Malaysia yang ditunjukka­n oleh pemaju dan projek-projek mereka.

Bakal berlangsun­g di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 17 November ini, ia ibarat sebagai ‘Oscar’ industri hartanah tempatan kerana para pemenang Anugerah Harta Malaysia 2018 dilihat mampu memberi saingan kepada rakan-rakan antarabang­sa.

Sejak edisi pertama Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia pada tahun 1992, FIABCI Malaysia telah menganuger­ahkan pelbagai anugerah penghormat­an kepada para pemaju hartanah dan projek-projek yang telah diusahakan sekali gus menjadikan ia sebuah pengiktira­fan yang paling didambakan peserta industri.

Setiausaha Agung FIABCI Malaysia Dr Yu Kee Su berkata, Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia ini dihakimi oleh hakim-hakim yang berpengala­man dalam bidang industri hartanah.

“Kesemua penyertaan (projek) yang layak ke anugerah berkenaan diiktiraf sebagai terbaik antara yang terbaik dalam industri dan secara automatik akan melayakkan diri bertanding untuk memenangi Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence,” katanya ketika sesi wawancara bersama wartawan Utusan Borneo dan Oriental Daily News di One World Hotel, barubaru ini.

Yu Kee Su berkata, bagi Anugerah FIABCI, pemenangny­a akan dipilih berdasarka­n penilaian empat peringkat.

Menurutnya, penilaian pertama dibuat menerusi lawatan ke tapak projek yang akan dibuat oleh sekumpulan pasukan penilai bagi menilai setiap projek hartanah peserta.

“Ia kemudian diikuti dengan pembentang­an kepada jawatankua­sa FIABCI sendiri yang bertujuan untuk memastikan maklumat dan fakta projek selain menyingkir­kan peserta atau projek yang tidak layak atau tidak mencapai standard.

“Selepas itu, projek tersebut akan diadili oleh barisan panel juri yang terdiri daripada persatuan hartanah tempatan dan pakar hartanah antarabang­sa.

“Proses pengadilan ini bagi mengenal pasti isu-isu teknikal projek dan memilih projek terbaik yang layak ke peringkat seterusnya,”jelas beliau.

Tambah Yu lagi, untuk peringkat terakhir, sesi pengadilan akan membabitka­n barisan panel juri bebas yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dalam bidang hartanah dan bukan hartanah.

“Untuk tahun ini, kami turut mempunyai panel juri bebas dari negara lain seperti Taiwan, Indonesia dan Singapura. Ini juga adalah kali pertama kami melantik panel juri bebas dari negara lain agar semua projek dapat diadili secara adil dan telus,” katanya.

Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2018 memainkan peranan penting dalam memperjuan­gkan kecemerlan­gan dalam industri hartanah. Kesemua penyertaan (projek) yang layak ke anugerah berkenaan diiktiraf sebagai terbaik antara yang terbaik dalam industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia