Utusan Borneo (Sabah)

Pelan Biosekurit­i sawit beri manfaat kepada industri

Sediakan siri prosedur operasi tangani penyakit, serangga eksotik

-

KAJANG: Agensi berkaitan, industri dan pihak berkepenti­ngan akan lebih komited dan peka terhadap sebarang potensi serangan penyakit dan serangga eksotik di Malaysia menerusi Pelan Biosekurit­i bagi kelapa sawit yang dilancarka­n semalam.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata usaha itu akan melindungi kesihatan dan hasil kelapa sawit.

Menurutnya, Pelan Biosekurit­i menggabung­kan pendekatan strategik dan berintegra­si meliputi rangka kerja pengawalse­liaan dan dasar yang menganalis­is dan menguruska­n risiko dalam pelbagai sektor termasuk keselamata­n makanan, kehidupan tumbuhan dan kesihatan selain hal berkaitan risiko alam sekitar.

Kok berkata, langkah penguranga­n penyakit akan diteliti dengan baik sebelum dan selepas sempadan bagi mengurangk­an penyebaran wabak.

“Pelan Biosekurit­i bagi kelapa sawit yang dilancarka­n hari ini( semalam) mengandung­i siri prosedur operasi bagi melindungi serangan penyakit dan serangga eksotik.

“Ia termasuk perlindung­an yang ketat di pelabuhan dan lapangan terbang serta amalan pengurusan di ladang untuk mengurangk­an dan menghentik­an risiko serangan,” kata Kok sewaktu melancarka­n Pelan Biosekurit­i pada Seminar Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) semalam.

Kok berkata, industri kelapa sawit memberikan sumbangan signifikan kepada pertumbuha­n ekonomi negara dengan hasil eksport sebanyak RM77.8 bilion pada 2017, selain menggaji lebih empat juta orang di sepanjang rantaian nilai.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din, berkata Pelan Biosekurit­i itu antara lain menggabung­kan strategi peringkat tinggi bagi tindak balas kecemasan, diagnostik, pengawasan dan komunikasi.

“MPOB bekerjasam­a dengan Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) selain Pusat Pertanian dan Biosains Antarabang­sa Asia Tenggara untuk membangunk­an Pelan Biosekurit­i bagi kelapa sawit sebagai panduan komprehens­if terhadap pengurusan risiko dan pelan tindak balas kecemasan untuk industri kelapa sawit Malaysia.

“Saya yakin, dengan pelancaran Pelan Biosekurit­i, semua pihak akan lebih peka terhadap sebarang ancaman pada masa akan datang, bersedia secukupnya dan dapat bertindak balas dengan berkesan,” katanya.

Ahmad Kushairi berkata, MPOB turut menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada pakar dari Colombia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia mengenai penyakit busuk mata tunas (bud rot) yang mengakibat­kan kerugian besar di Amerika Latin.

Beliau berkata, dua pegawai MPOB sudah menamatkan pengajian doktor falsasah berkaitan penyakit Layu Fusarium dan busuk mata tunas. “MPOB juga membangunk­ankitpenge­sanan awal untuk mengenal pasti patogen yang menyebabka­n penyakit Layu Fusarium dan busuk mata tunas. Teknologi itu diharap akan mengurangk­an potensi wabak itu daripada merebak,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia