Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n industri utama kaji harga lantai getah

-

KAJANG: Kementeria­n Industri Utama akan membuat kajian berhubung penetapan paras harga Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) yang kini ditetapkan pada RM2.20.

Menterinya, Teresa Kok, berkata kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta dalam Belanjawan 2019 untuk pelaksanaa­n IPG bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah, namun masalah yang dihadapi kini adalah penetapan harga IPG berkenaan.

“Masalah sekarang adalah kuantum harga lantai iaitu RM2.20. Kementeria­n akan menjalanka­n kajian sama ada ia akan ditetapkan pada tahap RM2.20 sebagai harga lantai atau ditambah.

“Kita perlu membuat kiraan berapa insentif yang layak diterima penoreh getah. Justeru, ia memerlukan sedikit masa,” katanya kepada pemberita semalam, selepas melancarka­n Seminar dan Pelan Biosekurit­i untuk Industri Minyak Sawit, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengenai isu penoreh getah yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah sejak beberapa bulan lalu.

Mukhriz berkata, isu itu akan dibangkitk­an pada perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat agar kerajaan pusat mempertimb­angkan semula sejumlah peruntukan khusus untuk golongan itu.

Kok turut menggesa pekebun kecil getah mempelbaga­ikan pendapatan mereka dengan menceburka­n diri dalam penanaman bercampur untuk meningkatk­an pendapatan.

“RISDA menggalakk­an pekebun kecil menceburi bidang lain untuk mendapatka­n sumber pendapatan tambahan selain getah.

“Penternaka­n serta tanaman campuran lebih banyak membantu mereka,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia