Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Malaysia raih jualan RM86 juta di ekspo import China

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia mencatat jualan bernilai AS$20.50 juta (RM86.03 juta) semasa penyertaan pertama mereka pada Ekspo Import Antarabang­sa China (CIIE).

Dalam satu kenyataan kelmarin, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berkata, jualan segera bernilai AS$11,500 (AS$1=RM4.17) manakala jualan berpotensi bernilai AS$20.49 juta pada acara enam hari yang bermula pada 5 November.

Melalui penyertaan pertama di CIIE, syarikat Malaysia menerima sejumlah 1,267 pertanyaan perdaganga­n.

Menteri MITI, Datuk Darell Leiking memimpin delegasi Malaysia ke CIIE yang diadakan di Shanghai dan lawatan kerja ke Hangzhou dan Yiwu, Wilayah Zhejiang, China mulai 4 hingga 11 November 2018.

Beliau ditemani oleh Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, pegawai dari Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan InvestKL.

Penyertaan Malaysia dalam CIIE menunjukka­n sokongan negara untuk aktiviti perdaganga­n dan pelaburan antara Malaysia dan China serta negara peserta lain.

“Keterbukaa­n Malaysia akan meningkatk­an keyakinan pelabur dan pengekspor­t untuk memilih Malaysia sebagai destinasi perdaganga­n dan pelaburan dan mewujudkan rangkaian ddalam kalangan perniagaan dari Malaysia dan negara-negara lain,” kata MITI.

Di Shanghai, Darell menghadiri jamuan sambutan dan upacara perasmian CIIE yang dilakukan oleh Presiden China Xi Jinping.

Xi meramalkan yang import barangan dan perkhidmat­an bernilai tinggi masing-masing akan melebihi AS$30 trilion dan AS$10 trilion dalam tempoh 15 tahun akan datang, dari negaranega­ra di sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan.

Xi juga mengumumka­n beberapa langkah termasuk menurunkan tarif dan memudahkan akses pasaran untuk menggalakk­an pertumbuha­n bersama dan membina ekonomi global yang terbuka.

Malaysia mengalu-alukan inisiatif seperti ini kerana ia akan meningkatk­an aktiviti perdaganga­n dan pelaburan dua hala dan serantau.

Darell juga melawat syarikat teknologi seperti Huawei Research and Developmen­t Centre Shanghai dan Mobile Broadband (MBB) Shanghai, JD.com Logistik, United Imaging, Shanghai dan Alibaba Group.

Pengurusan syarikat memberi taklimat kepada menteri berkenaan mengenai rancangan pengembang­an mereka dan meneroka Malaysia sebagai hab utama.

Insentif menarik dan persekitar­an perniagaan yang kondusif di Malaysia adalah aspek penting untuk dipertimba­ngkan dalam menjadikan negara ini sebagai hab serantau dan batu loncatan untuk pasaran Asia Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia