Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Kecil 2018: 12 peserta bertanding di konsert pertama

12 peserta bertanding di konsert minggu pertama 17 November ini

- Oleh HENRIETTA LIZA Wani Hasrita dan Tajul yang popular dengan lagu ‘Di Sana Cinta Di Sini Rindu’ akan turut memeriahka­n konsert pertama pada Sabtu ini.

KONSERT Bintang Kecil 2018 bakal menyaksika­n tiga anak Sarawak bertanding pada 17 November ini bagi mendapat tempat untuk mara ke konsert seterusnya.

Mereka adalah Nor Mohamed Muzaid (Ejoy), Syayid Afi Jamin (Afi) dan Puteri Nurnasuha Yahya (Putri) masing-masing 11 dan 9 tahun.

Ketiga-tiganya bakal berentap bersama peserta dari Sabah, Dayang Irsyadhani­a Iraril (Dhania), Daryl Damian (Daryl) dan Misnalia Muhinin (Dolly).

Juga Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin (Dina, Perlis), El Farabi Faeez Muhammad Faeez (El, Wilayah Persekutua­n), Adriana Qaseh Dania Asdahrizam (Qaseh, Negeri Sembilan), Fatin Nur Amalia Budiman Jawari (Alia, Melaka), Nasrul Ikhwan Saidi (Nasrul, Pahang) serta Putera An-Nasa’Ei Ubaidah Sahar Sa’Di (Putera, Terengganu).

Konsert pertama Bintang Kecil kali ke-32 itu akan diadakan di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching pada jam 8.30 malam.

Sebelum itu, Penolong Pengarah Seksyen TV RTM, Emma Kartika Zaini berkata kesemua peserta akan menjalani aktiviti BERAMBEH yang telah bermula sehingga 1 Disember ini.

“Menerusi konsert pertama ini seramai 12 yang akan berentap untuk pusingan seterusnya dan tiga yang akan disingkirk­an.

“Begitu juga di dalam konsert seterusnya, pada konsert kedua pada 24 November di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching, tiga lagi akan tersingkir.

“Hanya enam yang akan ke konsert terakhir yang dijadualka­n pada 1 Disember depan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg beserta isteri,” katanya di sidang media Bintang Kecil 2018 di Auditorium Kecil RTM di sini.

Siaran langsung Bintang Kecil 2018 dapat ditonton menerusi saluran TV2 tepat jam 8.30 malam sementara Diari Berambeh Bintang Kecil 2018 sebanyak 15 episod turut ditayangka­n Isnin sehingga Jumaat pada jam 1.50 petang di TV2 bermula hari ini.

Pendengar radio boleh mengikuti siaran langsung semua konsert berkenaan di SARAWAKfm dan radio atas talian di sarawakfm. rtm.gov.my.

NASIONALfm turut menyiarkan siaran langsung Kemuncak Konsert Bintang Kecil 2018 khusus untuk pendengar di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah, tambahnya.

Peserta yang tersingkir pada konsert pertama akan membawa pulang wang RM2,000, plak dan sijil sementara di konsert kedua wang RM3,000, plak dan sijil.

Johan Konsert Bintang Kecil 2018 akan membawa balik RM10,000, piala dan sijil, di tempat kedua RM7,000, piala dan sijil, di tempat ketiga RM5,000, piala dan sijil.

Sementara hadiah saguhati RM4,000, piala dan sijil dan untuk persembaha­n terbaik, RM1,000, piala dan sijil.

Konsert tersebut akan diiringi Kombo RTM D’ Aspirasi, Orkestra RTM Angkasapur­i Kuala Lumpur dan beberapa pemuzik tempatan.

Tiket masuk percuma sebanyak 300 tempat duduk terhad di sediakan semasa konsert pertama dan kedua bermula jam 6.30 petang serta konsert akhir disediakan 5,000 tiket percuma yang juga sedia untuk diedarkan pada jam 6.30 petang pada hari yang sama.

Pihak RTM telah menjemput penyanyi Wani Hasrita dan Tajul bagi konsert pertama, Sarah Suhairi dan Hael Husaini untuk konsert kedua dan Ben Ladin, Masya Masyitah dan Afieq Syazwan untuk konsert kemuncak.

Perkaranga­n RTM turut disediakan paparan LCD TV untuk tontonan orang awam bagi konsert pertama dan kedua.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio, Tabad Sakai dan Ketua Pemasaran, Promosi dan Kawal Selia Iklan RTM, Atikah Mahali.

 ??  ??
 ??  ?? ARTIS JEMPUTAN KONSERT PERTAMA:
ARTIS JEMPUTAN KONSERT PERTAMA:
 ??  ??
 ??  ?? TEMUI MEREKA: Aksi spontan para Bintang Kecil 2018 selepas sidang media di Auditorium Kecil RTM, Kuching pada Isnin.
TEMUI MEREKA: Aksi spontan para Bintang Kecil 2018 selepas sidang media di Auditorium Kecil RTM, Kuching pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia