Utusan Borneo (Sabah)

RM340.98 juta nilai rampasan dadah sehingga November

Direkodkan sepanjang tempoh 1 Jan hingga 8 Nov

- Oleh HAMZAH SANUDIN

“Dalam tempoh sama, seramai 143, 430 orang ditangkap untuk pelbagai kesalahan dadah berkaitan bekalan (22, 660 orang), memiliki (56, 367) dan urin positif (66, 403).

DATUK SERI MOHMAD SALLEH Pengarah JSJN

TAWAU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merekodkan nilai rampasan dadah keseluruha­n RM340.98 juta di seluruh negara, dari 1 Januari hingga 8 November.

Pengarah JSJN Datuk Seri Mohmad Salleh (gambar) berkata rampasan itu melibatkan nilai sitaan harta berjumlah RM80.38 juta dengan

pelucuthak­an harta sebanyak RM115.08 juta.

“Dalam tempoh sama, seramai 143, 430 orang ditangkap untuk pelbagai kesalahan dadah berkaitan bekalan (22, 660 orang), memiliki (56, 367) dan urin positif (66, 403).

“Daripada jumlah itu, 135, 463 warga tempatan, 7, 967 warga asing dan 1, 102 tangkapan Akta Dadah Berbahaya menerusi Langkah- Langkah Pencegahan Khas,” katanya.

Mohmad berkata demikian menerusi kenyataan medianya di IPD Tawau di sini pada Ahad dan mendedahka­n bahawa rampasan dadah sintetik terbesar adalah syabu.

Menurutnya, rampasan syabu yang direkodkan sebanyak 3, 642.54 kg, sementara ketamin 214.52 kg, pil eramin 5 (924.12 kg), pil yaba (221.76 kg) dan pil ekstasi (133.17kg).

“Rampasan dadah tradisiona­l oleh JSJN di seluruh negara yang membabitka­n ganja pula mencecah sehingga 1, 837 kg manakala heroin pula sebanyak 647.21 kg,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia