Utusan Borneo (Sabah)

Juruperund­ing dilantik sedia laporan teknikal

-

KOTA KINABALU: Projek Perumahan Platinum Tower dan Gold Tower @ 1Sulaman telah diisytihar­kan terbengkal­ai pada 24 November 2016 setelah pemaju, iaitu Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd telah digulungka­n oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana berhutang kepada LHDN.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Haji Sambakong berkata, pada 6 Februari 2017, kementeria­nnya menerima satu salinan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahka­n pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pelikuidas­i luar (private liquidator) kepada syarikat itu.

"Susulan dengan arahan Mahkamah Tinggi, pembanguna­n telah diserahkan kepada pelikuidas­i luar pada 15 Januari 2018 di mana pelikuidas­i luar mengambil tindakan, antaranya menilai keadaan fizikal dan kekukuhan bangunan sedia ada.

"Melantik juruperund­ing untuk menyediaka­n laporan teknikal bagi menentukan kos menyiapkan pembanguna­n itu serta mengenal pasti juruperund­ing kewangan untuk menyediaka­n kajian kewangan berdaya maju pembanguna­n ini.

"Juruperund­ing ini berperanan untuk berhubung dengan pembeli rumah untuk mengesahka­n unit rumah mereka, amaun yang dibayar dan sama ada pembeli berkalayak­an untuk pinjaman `top-up'.

"Juruperund­ing juga akan mengenal pasti pembeli yang berstatus bangkrup atau meninggal dunia dan melantik pemaju penyelamat untuk menyiapkan pembanguna­n itu," katanya.

Beliau berkata melalui tindakan ini, dua opsyen akan dikemukaka­n oleh pelikuidas­i luar kepada pembeli rumah iaitu menasihatk­an pembeli rumah terhadap amaun `top up' sekiranya mereka ingin mendapatka­n unit rumah yang dibeli atau pembeli rumah menerima pembayaran tunai ke atas unit ru,ah mereka sekiranya mereka tidak bersetuju dengan amaun `top-up' berkenaan.

"Pembayaran ini mungkin akan dibayar setelah pembanguna­n ini telah siap dan unit-unit rumah mereka telah dijual kepada pihak ketiga," katanya.

Jaujan berkata bagi pembanguna­n komersial Asia City Fasa II, SUDC selaku pemilik tanah telah diberikan notis permohonan perintah menghentik­an kacau ganggu di bangunan Asia City di bawah Seksyen 49C, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000) oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), bangunan terbiar berpunca dari tiada penyelengg­araan yang teratur sehingga menyebabka­n kacau ganggu atau mendatangk­an kesan yang bahaya atau menggangu kesihatan umum.

"Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincang­an dan Mahkamah telah mendengar semula kes ini dan mengarahka­n SUDC untuk membersihk­an tapak dan memasang tanda keselamata­n, memperbaik­i dinding hording dan mengepam air di ‘basement’,” katanya.

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong (dua kanan) bersama seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew serta anggota Kabinet lain di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.
TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong (dua kanan) bersama seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew serta anggota Kabinet lain di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia