Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

Sebelum itu, Ketua Pendakwa Raya Perlis, Muhamad Nordin Ismail memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang tinggi kerana mengambil kira kes berprofil tinggi dan atas kepentinga­n umum.

Beliau juga memohon mahkamah menahan pasport antarabang­sa tertuduh.

Shahidan yang hadir dengan berkot hitam dan bersongkok diiringi isterinya, Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin tiba kira-kira pukul 8.20 pagi bersama kira-kira 50 orang penyokong.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jan depan untuk mendengar semula sebutan kes itu.

Sebaik sahaja Mahkamah membuat keputusan, Shahidan meminta izin untuk bercakap dan diberi kebenaran oleh Hakim.

Shahidan melahirkan rasa hairan mengapa Mahkamah mengeluark­an waran tangkap tanpa notis dan membuat pertuduhan tanpa memaklumka­n kepada beliau atau peguamnya terlebih dahulu.

“Saya berdoa agar keadilan dan kebenaran ditegakkan…… Allahuakba­r,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia