Utusan Borneo (Sabah)

Anjur gotong royong besar-besaran di semua bandar, pekan di Sabah

-

KOTA KINABALU: Aktivis sosial Datuk Patrick Sindu mencadangk­an kepada kerajaan agar menganjurk­an gotongroyo­ng secara besar-besaran di seluruh Sabah bagi membersihk­an semua pekan dan bandar di negeri berkenaan.

Sambil menyokong program ‘Sabah Bebas Sampah, Semporna Bersih Dan Indah’ yang dilancarka­n Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Ahad di Semporna, Patrick berkata gotong-royong berkenaan perlu disertai semua pemimpin, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin akar umbi serta semua lapisan masyarakat.

“Selepas gotong-royong besar-besaran itu selesai, kerajaan perlu menguatkua­sakan sepenuhnya semua undang-undang berkaitan dengan kebersihan, keindahan dan keceriaan bandar dan pekan tanpa kompromi. Ini untuk memastikan semua bandar dan pekan berterusan bersih,” katanya kepada Bernama.

Menurut Patrick berdasarka­n pengalaman­nya berkunjung ke seluruh pelosok negeri Sabah, aspek kebersihan dan keceriaan bandar dan pekan di negeri ini masih tidak memuaskan dengan sampah sarap serta rumput rampai di kawasan majlis daerah dan majlis berbandara­n tidak diselengga­ra dengan baik.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia