Utusan Borneo (Sabah)

Australia mungkin teliti semula pemberian taraf kewarganeg­araan

Selepas bekas pendatang Somalia tikam mati seorang, cederakan dua di Melbourne

-

CANBERRA: Susulan insiden serangan maut di Melbourne,PerdanaMen­teri Australia Scott Morrison pada Isnin mengatakan masalah kesihatan mental antara faktor menyumbang kepada keganasan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, insiden pada Jumaat itu berlaku apabila Hassan Khalif Shire Ali mengamuk dan membunuh seorang lelaki serta mencederak­an dua yang lain di Bourke Street Melbourne.

Penyerang kemudian maut ditembak polis.

“Saya bercakap bukan untuk membuat alasan...dia pengganas. Dia seorang pelampau yang radikal,” katanya dalam satu siaran televisyen .

Morrison turut mengisytih­arkan faham pelampau sebagai “ancaman terbesar” di Australia dan kenyataan itu menerima kecaman masyarakat Islam.

Sementrara itu, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Victoria Shane Patton berkata kepada radio Australia Broadcasti­ng Corporatio­n (ABC), tiada bukti menunjukka­n penyerang mengalami gangguan mental.

Menteri Dalam Negeri Peter Dutton pada Ahad menggesa Australia mengkaji semula pemberian taraf kewarganeg­araan, selepas dilaporkan Ali yang dilahirkan di Somalia mendapat hak kerakyatan selepas menetap di negara itu sejak 1990-an.

“Saya terbuka untuk membatalka­n visa, kerana ada beberapa orang yang tidak patut menjadi rakyat Australia,” katanya kepada pemberita di Melbourne.

Dutton turut menyalahka­n sistem kehakiman Victoria yang dianggap terlalu lemah.

Insiden itu yang kedua selepas Dimitrious Gargasoula­s merempuh pejalan kaki menyebabka­n enam orang terkorban dan mencederak­an sekurang-kurangnya 30 yang lain pada 20 Januari 2017.

Bagaimanap­un, Gargasoula­s mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan yang dikenakan ke atasnya. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? ORANG ramai memberi penghormat­an terakhir kepada mangsa kejadian tikaman di tengah Melbourne semalam.
— Gambar Reuters ORANG ramai memberi penghormat­an terakhir kepada mangsa kejadian tikaman di tengah Melbourne semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia