Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Australia didakwa cemari strawberi dengan jarum

-

SYDNEY: Seorang wanita berusia 50 tahun dihadapkan ke mahkamah semalam selepas polis mendakwa dia mencemari buah strawberi dengan jarum – satu episod yang telah mencetuska­n salah satu kebimbanga­n makanan paling besar di Australia.

Industri strawberi di Australia, bernilai AU$160 juta, digegarkan pada September selepas hampir 200 aduan dibuat mengenai jarum jahit ditemui di dalam strawberi dan buah-buahan lain.

Beberapa pasar raya utama telah menarik balik buah tersebut ketika pembeli tidak membuat pembelian, memaksa beberapa peladang membuang buah di tengahteng­ah amaran bagi kemuflisan meluas.

Polis Australia menyatakan semalam mereka telah mendakwa seorang wanita berusia 50 tahuan dengan tujuh kes untuk pencemaran, dakwaan pertama yang dikemukaka­n dalam kes ini.

“Ini mungkin menjadi salah satu siasatan yang paling mencabar yang saya pernah terlibat,” Pesuruhjay­a Detektif Polis Queensland Jon Wacker memberitah­u wartawan di Brisbane, bandar utama bagi negeri Queensland di mana krisis pencemaran pertama dilaporkan.

Polis berkata wanita itu adalah bekas pekerja di salah satu jenama yang terjejas, walaupun beliau tidak menyatakan dengan jelas yang mana satu.

Wanita itu berdepan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya didapati bersalah selepas kerajaan konservati­f Australia memperketa­tkan hukuman dalam satu usaha untuk menangani krisis.

Australia turut menganggap dakwaan olokan sebagai jenayah.

Wacker berkata polis telah menerima 186 aduan mengenai pencemaran buahbuahan, di mana 15 didapati sebagai gurauan.

Peladang strawberi menerima baik dakwaan tersebut namun mempersala­hkan media sosial bagi krisis tersebut.

“Ia merupakan satu krisis yang berpunca daripada media sosial dan satu-satunya mangsa sebenar adalah penanam strawberi, dan terhadap beberapa penanam buah lain di Australia dan pengekspor­t,” kata Persatuan Penanam Strawberi Queensland dalam satu kenyataan.

Queensland,wilayahpen­geluaran strawberi paling besar di Australia, adalah mudah terdedah kepada kemerosota­n berterusan dalam pasaran.

Perdana menteri Queensland Annastacia Palaszczuk pada Selasa lepas berkata kerajaanny­a akan memperuntu­kkan sejumlah AU$1 juta bagi membantu peladang bertahan sepanjang musim. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia