Utusan Borneo (Sabah)

Naib Presiden AS lawat Singapura, Jepun, Australia, Papua New Guinea

-

NEW YORK: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence mewakili Presiden Donald Trump mengadakan lawatan ke Singapura, Jepun, Australia dan Papua New Guinea dari 11 hingga 18 November.

Dalam siri lawatan itu antara agenda bakal menjadi tumpuan perbincang­an ialah dasar perdaganga­n bebas, isu Rohingya di Myanmar, konflik Laut China Selatan dan lain-lain.

Penganalis­is di AS berpendapa­t ketidakhad­iran Trump memberikan gambaran salah mengenai komitmen AS di rantau itu, terutamany­a ketika peningkata­n pengaruh China di sekitar Laut China Selatan yang menimbulka­n rasa kurang senang negaranega­ra jiran.

Selain Pence, pemimpin terkemuka dunia lain yang turut dijangka menghadiri sidang kemuncak ASEAN, termasuk Perdana Menteri China Li Kequiang, Presiden Russia Vladimir Putin, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

Siri lawatan bermula dengan sidang kemuncak ASEAN yang berlangsun­g di Singapura bermula Selasa, turut disertai 10 pemimpin negara anggota.

“Saya berharap Perdana Menteri China mendapat sokongan untuk Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang diketuai negara itu,” kata bekas diplomat AS yang enggan dikenali kepada Bernama.

Selain China, 16 negara kuasa besar menyertai RCEP termasuk India, Jepun dan Korea Selatan. AS bukan negara anggota RCEP.

Dasar luar pertama Trump apabila mengambil alih jawatan pada 2017, ialah menarik diri dari Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP) yang kini dianggotai 11 negara anggota Pasifik.

AS dan China juga dibelenggu perang perdaganga­n yang mengejutka­n banyak negara dan menggoncan­g pasaran dunia.

Selain itu, sidang kemuncak dijangka menumpukan kepada usaha menyelesai­kan pertikaian berhubung krisis Rohingya yang menyaksika­n 800,000 penduduk melarikan diri dan berlindung di negara jiran Bangladesh.

Isu lain termasuk pertikaian di Laut China Selatan, ASEAN dan China dijangka akan berusaha mendorong proses ke arah mencapai Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan, meskipun hanya segelintir pihak beranggapa­n ia dapat dicapai di Singapura.

Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei termasuk Taiwan turut mengemukak­an tuntutan ke atas beberapa pulau yang didakwa China sebagai milik mereka.

Selepas itu, kebanyakan pemimpin akan bertemu semula di forum Kerjasama EkonomiAsi­aPasifik(APEC) di Papua New Guinea hujung minggu depan.

Selain itu, Pence juga akan mengadakan pertemuan dengan Abe, Modi, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O’Neill dan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison di samping pertemuan dua hala lain.

Pence akan diiringi Penasihat Keselamata­n Negara John Bolton. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia