Utusan Borneo (Sabah)

unik, banyak makna

Kain tradisiona­l masyarakat Batak turun temurun

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BERCAKAP tentang masyarakat Batak, semestinya Ulos menjadi salah satu ciri khas yang dititikber­atkan sinonim dengan kekayaan ciri budaya masyarakat menduduki bahagian utara Pulau Sumatera Indonesia itu.

Ulos biasanya dipakai untuk acara khas dan pesta perkahwina­n serta keramaian mempunyai makna tersendiri termasukla­h warna serta corak yang melambangk­an asal-usul kumpulan Batak si pembuat.

Kampung Lumban Suhi Suhi Toruan di Pulau Samosir menjadi salah sebuah kampung tradisiona­l yang masih mengekalka­n keunikan tenunan tradisiona­l kain Ulos dan tetap diwariskan oleh generasi muda seawal tujuh tahun.

Pemandu Pelancong Pak Posmen berkata selembar kain Ulos menyimpan banyak makna serta peranan penting termasukla­h sebagai penyambung adat dan budaya warisan nenek moyang.

“Melalui corak serta warna yang ditenum pada kain Ulos boleh menunjukka­n serta menerangka­n salasilah keluarga atau keturunan sama seperti buku sejarah yang hanya difahami oleh masyarakat Batak sendiri.

“Walaupun Ulos kelihatan sama pada mata kasar namun simbol yang terdapat pada kain ini adalah berbeza berdasarka­n rekabentuk tertentu mengikut rumpun Batak pada kain ini,” katanya.

Katanya Ulos semestinya memberikan nilai penting dalam kesinambun­gan generasi bagi masyarakat Batak dan kain ini penting semasa hari perkahwina­n bagi setiap generasi masyarakat Batak.

“Ulos akan diwariskan kepada suku kaumnya sejak zaman nenek moyang sehinggala­h ke generasi dan tidak hairanlah jika pengunjung melihat banyak kain ulos semasa mengunjung­i rumah Batak.

“Maksud tertentu yang tersemat pada kain Ulos juga memberi penerangan kepada si pewarisnya tentang keadaan nenek moyang agar generasi akan datang tidak melupakan asal usul mereka,” katanya.

Penulis sempat menemui seorang penenum suku kaum Batak Toba Ulos Simarang Pinen, 78, yang sudah menenum Ulos sejak dari kecil dan masih menghasilk­an Ulos yang berkualiti dan tersirat pelbagai ciri budaya sehingga kini.

Semasa ditanya jumlah Ulos yang sudah dihasilkan sejak kecil sehingga kini beliau hanya tersenyum dan mengatakan tidak terkira berikutan kurang dua minggu masa yang diperlukan untuk menghasilk­an sehelai Ulos.

“Ulos dihasilkan menggunaka­n benang seribu yang diperolehi dari pembekal dan semestinya kita menggunaka­n benang berkualiti tinggi bagi mengekalka­n keaslian tenunam Batak Toba.

“Benang seribu itu kemudianny­a akan direbus menggunaka­n air rebusan beras yang dicampurka­n bersama sedikit beras bagi menguatkan benang itu agar tidak mudah putus dan tahan lama.

“Untuk memastikan Ulos ditenun bersama coraknya selain menambahka­n lagi daya penarik, kita akan mewarnakan benang mengikut warna tertentu menggunaka­n pewarna khas yang diwarisi dari nenek moyang,” katanya.

Katanya benang berkenaan kemudianny­a akan digulung bagi mengelakka­n dari kusut selain memudahkan kerja tenunan menggunkaa­n alat penggulung dinamakan sorha yang diperbuat dari kayu keras.

“Proses menenun akan dilakukan kira-kira dua minggu dan sesetengah­nya akan kurang berdasarka­n corak serta ketelitian yang ada pada lembaran Ulos dan biasanya penenum akan menggunaka­n empat hingga enam warna bagi sehelai ulos,” katanya.

Sementara itu seorang penenun kanak-kanak Valentina Marudu, 9 berkata beliau mula belajar menenun sejak berumur 7 tahun dan pada umur semuda itu dia mampu menghasilk­an beberapa helai Ulos bermotif ringkas.

“Saya mampu membuat sehelai Ulos bersaiz kecil iaitu Semarku Sorang dalam tempoh tiga minggu pada musim persekolah­an kerana aktiviti menenun hanya dilakukan pada waktu petang selepas balik dari sekolah.

“Hanya dua minggu masa diperlukan untuk membuat semarku sorang pada cuti sekolah kerana lebih banyak masa terluang, Ulos bersaiz besar iaitu Sibolang akan dipelajari apabila unur saya meningkat 11 atau 12 tahun,” katanya.

Menurutnya bukan hanya dalam kalangan penduduk kampung itu yang berminat menenen Ulos malahan ada rakan sekolahnya yang sanggup datang dari perkampung­an lain bagi mengisi masa lapang selain memperoleh pendapatan sampingan dengan menenun kain tradisiona­l terbabit.

Selain digunakan semasa acara khas, hari perkahwina­n dan pesta keramaian, Ulos juga menjadi simbol penghormat­an yang dihadiahka­n kepada pengunjung yang datang ke anah Batak itu.

Ulos juga sesuai dijadikan perhiasan rumah serta permis yang mampu meningkatk­an nilai tradisiona­l sesebuah tempat dan mampu menarik perhatian pengunjung luar dan tempatan.

 ??  ?? Siri 3 KAMPUNG Lumban Suhi Suhi Toruan di Pulau Samosir menjadi salah sebuah kampung tradisiona­l yang masih mengekalka­n keunikan tenunan tradisiona­l kain Ulos.
Siri 3 KAMPUNG Lumban Suhi Suhi Toruan di Pulau Samosir menjadi salah sebuah kampung tradisiona­l yang masih mengekalka­n keunikan tenunan tradisiona­l kain Ulos.
 ??  ?? KERJA menggulung benang menggunaka­n sorha yang diperbuat dari kayu keras. VALENTINA yang tekun menenun Semarku Sorang iaitu Ulos bersaiz klecil. KAKITANGAN Kementeria­n Pariwisata Indonesia memakaikan Ulos sebagai tanda alu-aluan kepada salah seorang Kumpulan AirAsia.
KERJA menggulung benang menggunaka­n sorha yang diperbuat dari kayu keras. VALENTINA yang tekun menenun Semarku Sorang iaitu Ulos bersaiz klecil. KAKITANGAN Kementeria­n Pariwisata Indonesia memakaikan Ulos sebagai tanda alu-aluan kepada salah seorang Kumpulan AirAsia.
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN AirAsia merakamkan gambar kenangan bersama Ulos yang dihadiahka­n oleh Kementeria­n Pariwisata Indonesia.
KUMPULAN AirAsia merakamkan gambar kenangan bersama Ulos yang dihadiahka­n oleh Kementeria­n Pariwisata Indonesia.
 ??  ?? SALAH satu Ulos yang memiliki motif serta corak warisan nenek moyang yang memiliki maksud tersendiri.
SALAH satu Ulos yang memiliki motif serta corak warisan nenek moyang yang memiliki maksud tersendiri.
 ??  ?? SALAH seorang pengunjung meneliti Ulos untuk dijadikan sebagai buah tangan.
SALAH seorang pengunjung meneliti Ulos untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia