Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan hentikan Skim Saraan Nelayan keterlalua­n, tidak munasabah: Dr Hazland

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni menyifatka­n keputusan kerajaan persekutua­n menghentik­an Skim Saraan Nelayan dalam Belanjawan 2019 sebagai keterlalua­n dan tidak munasabah.

Tegas Dr Hazland, para nelayan bertungkus-lumus menyediaka­n dan memastikan sumber makanan rakyat tempatan tidak putus.

Beliau berkata, musim tengkujuh dan keadaan laut yang tidak mengizinka­n mereka ke laut untuk mencari nafkah, justeru menyebabka­n sumber pendapatan mereka terhad dan merosot.

Justeru, beliau mencadangk­an kepada Kerajaan Sarawak agar membantu para nelayan dengan membiayi Skim Saraan Nelayan menerusi mekanisme baharu sekali gus membantu nelayan agar sumber pendapatan mereka tidak putus.

Dr Hazland berkata demikian dalam ucapan perbahasan­nya atas usul Belanjawan Sarawak 2019 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini pada Jumaat.

Dalam perbahasan­nya, Dr Hazland turut mencadangk­an Sarawak menubuhkan syarikat pembekal telekomuni­kasi sendiri untuk menuju ke arah ekonomi digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia