Utusan Borneo (Sabah)

Duti eksais ke atas minuman bergula perlu dilakukan secara berperingk­at

-

Keputusan kerajaan untuk mengenakan duti eksais ke atas minuman bergula mulai 1 April, 2019 terlalu awal dan perlu dilakukan secara berperingk­at, kata Ketua Pegawai Eksekutif Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N), Lim Yew Hoe.

Beliau berkata ini disebabkan kesukaran untuk mencari alternatif kepada gula.

“Kami boleh menggunaka­n stevia, tetapi ia akan menjejaska­n rasa, kerana anda akan rasa pahit, manakala gula semula jadi memerlukan kos yang tinggi,” katanya pada taklimat media mengenai keputusan kewangan kumpulan itu bagi tahun kewangan 2018 berakhir 30 September, 2018, di sini semalam.

Dalam pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November, duti eksais mulai pada kadar 40 sen per liter akan dikenakan ke atas minuman yang mengandung­i gula atau pemanis berasaskan gula melebihi lima gram per 100ml, selain jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandung­i gula melebihi 12 gram bagi setiap 100ml.

Lim berkata setakat ini, 90 peratus daripada campuran produk kumpulan itu termasuk dalam kategori yang boleh dikenakan cukai.

“Kami telah melabur dengan melakukan banyak usaha dan menggunaka­n sumber untuk menggalakk­an pilihan yang lebih sihat melalui rumusan semula produk sedia ada, selain melakukan inovasi untuk memperkena­lkan pilihan yang lebih sihat.

“Kami menyokong usaha kerajaan dalam menggalakk­an gaya hidup yang sihat, bagaimanap­un tempoh lima bulan sebelum pelaksanaa­n cukai tidak mencukupi,” katanya.

Lim berkata selama beberapa tahun, kumpulan telah mengambil langkah untuk mengurangk­an jumlah gula dalam portfolio minumannya.

“Sehubungan itu, indeks gula (jumlah gula dalam gram setiap mililiter minuman) berkuranga­n sebanyak 34 peratus sejak 2004,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia