Utusan Borneo (Sabah)

Projek ‘sakit’ hab halal labuan akan dipulihkan semula: Khalid

-

LABUAN: Projek hab halal Labuan bernilai RM86 juta telah gagal mencapai matlamatny­a namun akan dipulihkan semula bagi memastikan daya saingnya.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad berkata pelan bagi tujuan itu tidak akan melibatkan pembiayaan kerajaan memandangk­an pelabur baharu telah menunjukka­n minat untuk melabur dalam pembanguna­n hab halal berkenaan.

“Saya telah melawat Kompleks Hab Halal Labuan, malangnya projek itu seolah-olah dilaksanak­an tanpa perancanga­n dan hala tuju yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ulang tahun ke-100 Hari Peringatan anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan di sini, kelmarin.

Beliau berkata tiada sebarang aktiviti perniagaan dalam bidang halal dijalankan di kompleks itu walaupun sepatutnya ia menempatka­n kilang pengeluara­n produk halal.

“Kita dimaklumka­n bahawa kemudahan itu tidak dapat digunakan kerana ia dibina tanpa mengikut spesifikas­i reka bentuk walaupun sejumlah besar wang telah dibelanjak­an.

“Sangat malang, ini seolah-olah kelihatan seperti cara pemikiran lepas; mereka melaksnaka­n projek, dan mendapat wang serta komisyen, namun jika projek gagal, ia tidak begitu penting.

“Sekarang kita menjalanka­n tugas kita untuk memulihkan semula hab halal Labuan dan mengenal pasti penyelesai­an yang lebih baik, jadi kita dapat menggabung­kan konsep hab halal sebenar dan mempunyai peserta baharu melabur di kompleks ini untuk kilang dan produk halal mereka,” katanya.

Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa Kompleks Hab Halal Labuan berdepan risiko diisytihar­kan projek ‘gajah putih’ disebabkan kegagalann­ya menarik pelabur.

Ia, yang dibina di kawasan seluas 7.28 hektar di Kiansam, terdiri daripada bangunan pejabat, kompleks gudang dan kilang pemprosesa­n, namun peserta industri mendakwa gudang tersebut dibina tanpa mengikut spesifikas­i.

Walaupun matlamat utamanya untuk merangsang dan menggalakk­an pertumbuha­n industri halal di negara ini menerusi penyediaan perkhidmat­an pergudanga­n, penyimpana­n dan pengedaran halal dari Sabah, Sarawak dan luar negara, namun tiada pengeluar produk halal beroperasi di kompleks itu.

Projek yang diwujudkan oleh kerjasama Perbadanan Labuan dan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n itu telah diuruskan oleh Labuan Halal Hub Sdn Bhd sejak 11 Nov, 2011.

Majlis pecah tanah kompleks itu dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2009.

Fasa pertama projek itu siap pada 2012 selepas Laporan Ketua Audit Negara 2011 mempersoal­kan pengurusan projek.

Laporan tersebut juga menyatakan bangunan hab halal itu kekal tidak beroperasi dan mengesyork­an Perbadanan Labuan supaya melantik pengarah syarikat berkelayak­an dan pengurus peringkat tinggi dengan pengalaman perniagaan luas untuk memastikan operasi yang cekap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia