Utusan Borneo (Sabah)

Parti Bersatu nafi pancing wakil rakyat Umno

-

KUALA LUMPUR: Pemilihan PKR cabang Julau diSarawakt­idakakandi­adakan semula kerana perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukka­n tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut sebenarnya boleh diterima pakai.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan berkata analisis hasil kiraan undi membuktika­n semua data selamat dan telah berjaya dimuat naik ke pelayan sistem walaupun terdapat aplikasi e-undi pada enam unit tablet telah disapu bersih oleh perisian-perisian “Prey Anti-Theft”.

Katanya pihaknya telah mengadakan mesyuarat spada Isnin dan mendengar penjelasan daripada Unit Operasi serta Unit Sistem dan IT serta mengambil kira laporan teknikal daripada pihak pembangun sistem e-undi.

“Keputusan pemilihan PKR bagi Cabang Julau, Sarawak akan dimuat naik dalam portal rasmi Pemilihan Parti (www.pemilihan keadilan20­18.com) dalam masa terdekat,” katanya.

Sabtu lepas media melaporkan 10 unit tablet e-undi yang digunakan untuk pemilihan PKR cabang Julau didapati telah dipasang perisian “Prey Anti-Theft”.

Sementara itu, berhubung keputusan pemilihan semula PKR cabang Tawau dan Pensiangan di Sabah, Rashid berkata pihaknya merumuskan bahawa integriti data pengundian bagi pemilihan semula di keduadua cabang itu sebenarnya boleh diterima pakai.

Katanya laporan keputusan yang diterima oleh JPP menunjukka­n bacaan negatif pada ruangan ‘Bilangan Kertas Undi Yang Tidak Dikembalik­an’ membawa maksud terdapat lebihan kertas undi digital yang diterima oleh pelayan sistem berbanding jumlah slip undi dikeluarka­n oleh mesin QR.

Beliau berkata semakan pada pangkalan data menunjukka­n rekod beberapa tablet yang digunakan pada hari pengundian semula tersebut tidak dikemas kini ke versi aplikasi e-undi terkini iaitu ver8.0(34) yang menyebabka­n data undian baru pada 11 Nov telah bercampur dengan data undian yang dijalankan pada 4 dan 5 Nov lepas dalam sistem pangkalan data.

“Walaupun data yang diterima sistem e-undi bercampur baur, namun ia masih boleh diguna pakai dan tidak korup tetapi harus melalui kaedah penyisihan dan penyusunan semula data yang tersimpan dalam pangkalan utama dan sandaran. Sistem e-undi mampu melakukann­ya kerana setiap data undi telah pundilabel­kandengant­empat, masa dan tarikh undian.

“Proses penyisihan dan penyusunan semula data ini akan mengambil sedikit masa dan sudah pasti hasilnya nanti akan merubah jumlah undi yang diterima oleh setiap calon sekali gus dapat menyelesai­kan isu bacaan negatif dalam penyata undi bagi setiap cabang terbabit,” katanya.

Rashid berkata keputusan pemilihan semula PKR cabang Tawau dan Pensiangan akan dimuat naik dalam portal rasmi Pemilihan Parti (www. pemilihan keadilan20­18. com) selepas semua proses penyisihan dan penyusunan semula data selesai dilakukan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia