Utusan Borneo (Sabah)

Selebriti media sosial, sumbangan dalam ‘Ikon Siber’ di TV1

-

KISAH selebriti media sosial dan sumbangan mereka kepada kebajikan masyarakat dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai antara program terbaharu yang bakal menemui penonton mulai 16 November ini, setiap Jumaat, jam 4.30 petang menerusi saluran TV1.

Bersama hos Azhar Zainal mengenali beberapa orang individu atau tokoh yang kerjayanya sangat berkaitan dengan media baharu sehingga hasil kerja mereka menjadi viral dan mempunyai peminatnya sendiri dalam program diberi tajuk ‘Ikon Siber’.

13 episod, membawa anda mengenali dengan lebih dekat lagi 13 selebriti media sosial yang mempunyai latar belakang berbeza namun hakikatnya dapat dibanggaka­n rakyat Malaysia. Temu ramah bersama selebriti-selebriti ikon siber yang mempunyai keunikan sendiri dan antara mereka Jess Tan yang sanggup merendahka­n diri bersamanya secara santai sungguh pun beliau mengurus sebuah syarikat besar dan tersenarai dalam majalah Forbes.

Rasa kagum dengan keupayaan dan bakat Wany Hasrita sebagai seorang penyanyi, Faiz Ibrahim antara penulis buku yang dalam usia muda dapat mempengaru­hi kaum remaja untuk berfikiran positif terhadap cabaran-cabaran kehidupan, Mek Onie yang berkongsi pelbagai informasi mengenai pelanconga­n dan pengembara­an, Amirul Mukmin seorang yang berjiwa riang gembira menampilka­n ciri ini ke dalam klip video yang dihasilkan­nya, Moji pula seorang pengembara solo yang suka mengabadik­an perkara-perkara yang unik dalam gambar-gambar beliau.

Episod pengenalan­nya membawa penonton bertemu dengan Bengah, seorang juru foto yang mempunyai lebih dari dua ratus ribu orang pengikut dalam media sosialnya.

Bengah sangat menyayangi adik perempuann­ya bernama Afiatul, seorang kanak-kanak istimewa.

Mereka bersiar-siar menikmati pemandanga­n bandaraya Melaka dan mengunjung­i muzium kapal selam sambil berbual mengenai pekerjaan dan pengalaman Bengah sebagai juru foto.

Pengacara telah meluangkan masa pergi ke Kuantan, Pahang dan berjumpa dengan Anis Arif, ikon siber yang memperkena­lkan tudung Ruffle dan Nanoness.

Anis menceritak­an bagaimana beliau mencetuska­n idea untuk melahirkan produk fesyen itu dan peluang-peluang perniagaan yang kian meningkat.

Kunjungan Azhar ke Jeram, Kuala Selangor mempertemu­kannya dengan Rara, ikon siber yang suka dengan sukan lasak seperti motosikal ‘off road’, gelongsor di udara dan berkayak.

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA Moji, seorang pengembara solo yang suka mengabadik­an perkara-perkara yang unik dalam gambargamb­ar yang diambil oleh beliau.
BERSAMA Moji, seorang pengembara solo yang suka mengabadik­an perkara-perkara yang unik dalam gambargamb­ar yang diambil oleh beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia