Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut dalam kemalangan berasingan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Dua maut dalam kemalangan yang berasingan melibatkan seorang lelaki kakitangan Jabatan Perhutanan Tawau dan seorang kanak-kanak perempuan di sini, pada Isnin.

Insiden pertama, kemalangan berlaku di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu Tawau kira-kira jam 1.35 petang.

Mangsa, Hasryan Ungkari, 22, ketika di lokasi kejadian dipercayai terbabas sendiri ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam parit dipenuhi air.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh panjang hingga gagal mengawal kenderaann­ya lalu terbabas dan terhumban ke kawasan parit.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai kerana lemas,” katanya.

Pada perkembang­an lain, seorang kanak-kanak perempuan, 6 tahun, dari Kampung Puyut maut ketika kenderaan yang dinaiki bersama keluargany­a terbabas memasuki sungai.

Kejadian berlaku di Jalan Felda Sahabat 11 Embara Budi kira-kira jam 2.15 petang.

Menurut Nasri, kenderaan itu dari arah Lahad Datu menuju Felda Sahabat 16, Tungku memuatkan tiga penumpang.

Mangsa, Saralina Saptal yang duduk di pangkuan seorang wanita di bahagian depan manakala seorang penumpang lelaki di belakang.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan gagal dikawal selepas dipercayai terlanggar lubang di jalanraya selain faktor cuaca yang hujan lebat ketika itu.

“Kenderaan itu mungkin terbalik beberapa kali sebelum menjunam ke sungai,” katanya.

Kata Nasri, mangsa dewasa sempat diselamatk­an pemandu sebaliknya kanak-kanak itu meninggal disyaki lemas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? ORANG ramai turut berusaha membantu mangsa dalam kejadian di Felda Sahabat 11.
ORANG ramai turut berusaha membantu mangsa dalam kejadian di Felda Sahabat 11.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia