Utusan Borneo (Sabah)

Penjara dua tahun, dua sebat

Tipu libatkan pembelian beras dan rokok

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALI: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, atas dua kesalahan menipu melibatkan pembelian 3,000 beg beras dan 880 kotak rokok.

Majistret Stephanie Sherron Abbie yang membuat keputusan itu di dalam kamarnya turut menjatuhka­n hukuman dua sebatan terhadap Wakil Khan Waris Khan, 36.

Pertama, tertuduh menipu Wee Lip Hing@ Edwin, 55, wakil daripada Syarikat Istiwawasa­n Sdn Bhd, secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahka­n 3,000 beg beras kepadanya.

Ekoran daripada itu Wakil Khan menyerahka­n dua cek bernilai RM70,990.00 atas nama Mardinah Store Sdn Bhd berstatus akaun tutup.

Kesalahan dilakukan pada 18 April tahun lalu jam 10 pagi hingga jam 5 petang di Syarikat Istiwawasa­n Sdn Bhd, Kolombong, Inanam di sini.

Kedua, tertuduh menipu Jefri Mahdin, 45, wakil daripada Syarikat Lee Jin East Malaysia Sdn Bhd, mendorong mangsa menyerahka­n880kotakr­okok bernilai RM13,914,95.00 kepadanya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu bersama dengan seorang yang masih bebas pada 3 Januari jam 9.25 pagi di syarikat berkenaan, di sini.

Wakil Khan disabitkan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat, serta denda.

Untuk setiap pertuduhan berkenaan, tertuduh dikenakan penjara selama tempoh setahun dan satu sebatan, namun hukuman terbabit berjalan serentak.

Tamat tempoh pemenjaraa­n terbabit, tertuduh diarahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Peguam Aaron Mah mewakili tertuduh dan PegawaiPen­dakwaInspM­ohd Rasydan Jasni bertindak untuk pendakwaan.

“Untuk setiap pertuduhan berkenaan, tertuduh dikenakan penjara selama tempoh setahun dan satu sebatan, namun hukuman terbabit berjalan serentak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia