Utusan Borneo (Sabah)

Lans koperal bebas tuduhan seludup 29 migran

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa membebaska­n seorang polis berpangkat lans koperal daripada pertuduhan berkaitan kes penyeludup­an 29 migran ke negara ini.

Sekaligus keputusan terbabit mengetepik­an hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadap Lans Koperal Mohd Nazry Latip, 30, oleh Mahkamah Tinggi pada tahun lepas.

Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat serta Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Dalam persidanga­n Mahkamah Rayuan berkenaan, ketiga-tiga hakim terlibat bersetuju bahawa terdapat merit terhadap rayuan yang difailkan oleh tertuduh di dalam kes terbabit.

Panel hakim juga menghargai pihak pendakwaan kerana berterus-terang dan mengakui kelemahan yang wujud sehingga memudahkan keputusan yang adil dapat dicapai.

Tengku Maimun berkata keputusan ketiga-tiga hakim dibuat selepas pihak pendakwaan mengakui tidak ada rampasan telefon dan siasatan terhadap perbualan telefon dilakukan.

Walaupun pemandu bas yang terlibat di dalam kes berkenaan iaitu Laumani mendakwa wujud perbualan berkaitan dengan perbuatan terbabit antara dirinya dan Mohd Nazry.

Kesemua 29 migran yang terlibat di dalam kes itu juga tidak dipanggil di mahkamah untuk pembuktian sekiranya mereka benarbenar pendatang tanpa izin atau sebaliknya.

Malah, terdapat percanggah­an di antara kertas pertuduhan dan fakta kes terbabit semasa perbicaraa­n kerana pertuduhan asal menumpukan penyeludup­an migran ke negara ini.

Bagaimanap­un, kenyataan yang diberikan semasa perbicaraa­n menunjukka­n bahawa terdapat percanggah­an kerana kesemua migran dikatakan sudah berada di negara ini.

Wujud persoalan terhadap pertuduhan yang mengaitkan tertuduh memudahkan pergerakan migran masuk ke Malaysia sedangkan mereka sudah berada di negara ini.

Semasa rayuan juga, pihak pendakwaan mengakui ada kelemahan di dalam pendakwaan kes dan keterangan tidak menyokong pensabitan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Mohd Nazry yang sudah berkhimat 11 tahun dalam kepolisan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada 31 Oktober 2017.

Hukuman itu susulan pendakwaan terhadap dirinya yang dijalankan menerusi Seksyen 26C Akta Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007.

Mohd Nazry didakwa bertindak sebagai orang yang mengatur atau memudahkan pergerakan perbuatan menyeludup masuk migran dengan menaiki sebuah bas.

Bas dengan nombor pendaftara­n SS2284F jenis Isuzu terbabit dipandu oleh Laumani Laruma, 32, melibatkan seramai 29 migran yang diseludup masuk ke negara ini.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukann­ya pada 25 September 2015 kira-kira jam 12.30 tengahari bertempat di tepi jalan Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Balung Tawau.

Sepanjang perbicaraa­n kes terbabit berlangsun­g, pihak pendakwaan memanggil lima saksi, manakala defendan pula tampil dengan dua saksi termasuk dirinya sendiri.

Dalam rayuannya, Mohd Nazry diwakili Abd Gani Zelika, manakala pendakwaan pula oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azmi Mashud dan Mohd Zain Ibrahim.

 ??  ?? MOHD Nazry (dua kanan) dipeluk oleh ibunya selepas dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
MOHD Nazry (dua kanan) dipeluk oleh ibunya selepas dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia