Utusan Borneo (Sabah)

Seksual terhadap kanak-kanak, lelaki ketahui nasib 20 Dis

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki akan mengetahui nasibnya pada 20 Disember di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap Tai Yun Kong, 55, selepas kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh akan mengetahui nasibnya sama ada dipanggil membela diri atas dua pertuduhan terbabit, atau sebaliknya.

Jika diperintah­kan membela diri, tertuduh diarahkan membela dirinya pada tarikh terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap dua kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

Kesalahan dilakukan pada 19 November 2017 jam 4 hingga 5 petang, di sebuah kondominiu­m, Taman Nelly, Kolombong, Inanam.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan atas pertuduhan sama melakukan kesalahan terbabit terhadap mangsa berusia 10 tahun.

Keputusan itu dilakukan selepas saksi kesembilan gagal hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan, lapan saksi dipanggil memberi keterangan.

Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia