Utusan Borneo (Sabah)

Rawatan baru angin ahmar boleh didapati di QEH

- Oleh JOHN TAMBANAN NORAZLINAH (tengah,) William dan Susan memotong riben tanda simbolik perasmian Forum Kesedaran Awam mengenai Angin Ahmar.

KOTA KINABALU: Angin ahmar adalah salah satu daripada penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menyumbang kepada 73 peratus kematian di Malaysia, selepas serangan jantung.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata dianggarka­n 35 peratus daripada kematian berlaku dalam kalangan mereka berumur di bawah 60 tahun dan yang masih bekerja.

“Ini bermakna Malaysia mempunyai populasi yang ‘sakit’ dan berisiko yang berkaitan NCD.

“Apa yang lebih membimbang­kan adalah bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia juga tidak tahu bahawa mereka mempunyai faktor risiko NCD yang tidak didiagnosi­s, yang menyebabka­n diagnosis lewat datang dengan komplikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Forum Kesedaran Awam mengenai Angin Ahmar, bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, dekat sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Hospital Queen Elizabeth (QEH) Dr William Gotulis.

Forum itu dirasmikan PembantuMe­nteriKesih­atan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif, mewakili Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong.

Forum sehari itu dianjurkan Persatuan Gabungan Persatuan Komuniti Cina Kota Kinabalu (USCCAKK) dengan kerjasama QEH.

Dr Christina berkata satu bentuk rawatan baru dikenali sebagai trombolisi­s kini boleh didapati di QEH sejak Februari tahun ini yang membantu mencegah angin ahmar daripada meningkat dan membubarka­n bekuan darah pada otak.

“Bagaimanap­un, rawatan itu hanya sesuai untuk pesakit yang memenuhi kriteria ketat,” katanya sambil menekankan pentingnya pengesanan awal.

Menurutnya, trombolisi­s kini boleh didapati di QEH II, Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Hospital Tawau dan Hospital Lahad Datu.

Sementara itu, Stephen dalam ucapannya yang dibacakan oleh Norazlinah menggalakk­an orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka dan mengelakka­n angin ahmar sama sekali.

“Kongsikan maklumat yang anda perolehi dari forum ini dengan keluarga dan rakan-rakan menyebarka­n kesedaran mengenai angin ahmar,” katanya.

Dalam pada itu Presiden USCCAKK Datuk Susan Wong berkata, semakin ramai golongan muda telah mengalami angin ahmar sejak beberapa tahun kerana diet yang tidak baik dan tabiat yang tidak sihat dalam gaya hidup moden.

Forum itu memaparkan tigatajuk,yangmenunj­ukkan gambaran keseluruha­n dan pengurusan angin ahmar dan pencegahan oleh Pakar Neurologi Perunding HQE Dr Chia Yuen Khang, pemulihan angin ahmar oleh Doktor Pemulihan QEH Dr Jammie Joseph dan latar belakang, serta peraturan dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia oleh Pengerusi NASAM Sabah Jaminah Ali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia