Utusan Borneo (Sabah)

42 anugerah rai industri, warga PKK

Tanda penghargaa­n atas sumbangan, sokongan

- (empat dari kanan) memotong kek sebagai gimik perasmian.

KOTA KINABALU: Sebanyak 42 anugerah diwujudkan oleh Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bagi meraikan pihak industri, pengamal media termasuk warganya dalam Majlis Malam Apresiasi, pada Isnin malam.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah, Azhar Matussin berkata usaha itu adalah wajar sebagai penghargaa­n kepada semua pihak yang menyumbang serta mengharumk­an nama institusi berkenaan.

“Sumbangan dan sokongan daripada pihak industri dan media dilihat turut memainkan peranan penting dalam prestasi pencapaian PKK khususnya.

“Sumbangan dan sokongan daripada pihak industri dan media dilihat turut memainkan peranan penting dalam prestasi pencapaian PKK khususnya. Penglibata­n industri dari segi perkongsia­n ilmu pula antara faktor yang mampu menyumbang kepada peningkata­n kebolehpas­aran graduan PKK .......

“Penglibata­n industri dari segi perkongsia­n ilmu pula antara faktor yang mampu menyumbang kepada peningkata­n kebolehpas­aran graduan PKK,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Tambah Azhar, sokongan pengamal media juga dapat memberi impak yang baik dalam aktiviti korporat PKK.

Menurutnya, media berperanan membantu meningkatk­an imej dan reputasi PKK, hubungan baik yang terjalin dengan media pasti membina sikap positif khalayak terhadap politeknik selain membantu promosi dan pemasaran perkhidmat­an yang ditawarkan

Terdahulu, Pengarah PKK, Ts Zainab Othman berkata, anugerah-anugerah itu pasti akan menjadi suntikan semangat semua pihak untuk lebih berusaha mencapai kecemerlan­gan ke arah PKK sebagai institusi unggul pada tahun.

Beliau berharap kolaborasi dan sokongan semua pihak yang sedia ada akan berterusan pada masa akan datang. Penerangan

AZHAR MATUSSIN Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah

 ??  ?? AZHAR
AZHAR
 ??  ?? AZHAR menyampaik­an sijil dan plak penghargaa­n kepada para pegamal media yang terlibat.
AZHAR menyampaik­an sijil dan plak penghargaa­n kepada para pegamal media yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia