Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai acara menarik sempena Expo Belia Wirawati Silam 23-24 Nov

-

LAHAD DATU: Expo Belia Wirawati Silam bakal berlangsun­g pada 23-24 November ini di Kompleks Sukan Lahad Datu dengan pelbagai pengisian acara menarik khusus buat belia di sini.

Pengerusi penganjur Lya Rosniah (gambar) berkata, expo ini adalah program pertama dianjurkan Wirawati Warisan Silam dengan kerjasama Rocket Event Management.

“Program ini memberi peluang belia menampilka­n produk jualan mereka selain menyatupad­ukan usahawan muda di Silam yang berumur 18 hingga 40 tahun,” katanya yang juga Ketua Wirawati Silam dan Naib Wirawati Warisan Sabah.

Tambahnya, expo itu menjadi platform bagi melahirkan usahawan kreatif, inovatif, profesiona­l, fokus dan berintegri­ti seterusnya menyumbang kepada peningkata­n ekonomi negara.

“Selain keusahawan­an, expo ini juga memberi peluang kepada belia mengenali kepelbagai­an seni budaya etnik Sabah melalui Pertanding­an Tari Rakyat Kreatif pada malam 23 Nov.

“Pertanding­an ini mengangkat seni budaya etnik Borneo dan memupuk semangat belia untuk berkarya dalam bidang seni budaya,” katanya.

Expo Belia Wirawati Silam akan dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Haji Ketapi.

Expo ini memfokuska­n beberapa perkara iaitu Pameran Jualan dan Demonstras­i, Perkhidmat­an Komuniti, Permainan Sukan Rakyat, Pencungkil­an Bakat serta Pameran Seni dan Budaya.

Antara acara yang mengisi expo itu nanti adalah Program Bual Bicara Ikon Belia, Pertanding­an Tari Rakyat Kreatif,Pertanding­anKaraoke Seperstar, Pertanding­an Make-up Challenge for Newbies, Pertanding­an Tarik Tali, Pertanding­an Badan Cantik, Gusti Lengan dan banyak lagi dengan hadiahhadi­ah menarik.

Pada malam penutupan pula, diadakan acara Rocket Neon Run di mana peserta akan berlari pada jarak 5km.

Karnival ini juga akan dimeriahka­n lagi dengan kehadiran artis-artis tempatan antaranya Clarice John Matha.

“Karnival ini boleh dijadikan sebagai program tahunan belia di Silam dengan mengadakan pelbagai aktiviti sihat dalam usaha membina jati diri sebagai belia contoh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia