Utusan Borneo (Sabah)

79,700 individu gagal bayar cukai

LHDN kenal pasti pelbagai kategori pembayar cukai

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenal pasti seramai 79,786 pembayar cukai individu, syarikat, pertubuhan, koperasi dan lain-lain kategori yang memiliki harta dan kekayaan luar biasa namun gagal membayar cukai sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata mereka ini akan diberi surat tawaran pengakuan sukarela dan notis di bawah Seksyen 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1976) bagi meminta maklumat tambahan dan penjelasan.

Katanya, mereka dikehendak­i memberi maklum balas kepada LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis itu diserahkan.

“Kitaadapro­gramtersus­un untuk memberi pemakluman kepada pembayar cukai iaitu mereka yang tidak menghantar borang, mempunyai maklumat pendapatan tapi mereka tidak laporkan dan mereka yang mempunyai akaun di luar negara.

“Kita sudah mempunyai maklumat itu yang dihantar oleh pentadbir cukai di luar negara kepada LHDN sejak September tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 di sini, Selasa.

Sabin berkata, mereka yang gagal memberi maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Sabin berkata sehingga 11 Nov lepas, kutipan pembayaran cukai meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas atas faktor keyakinan kepada kerajaan dalam mengurus kewangan negara.

Mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki individu tertentu tular dalam media sosial,Sabinberka­tapihaknya mempunyai pasukan khas yang melakukan pemantauan terhadap perkara itu.

“Kita ada baca dan membuat penilitian dalam sosial media, surat khabar, majalah dan buat data matching dengan pendapatan yang mereka sudah laporkan,” katanya.

Sementara itu, LHDN dalam kenyataan pada Selasa mengingatk­an pembayar cukai yang belum atau membuat pengisytih­aran tidak tepat untuk berbuat demikian sebelum 30 Jun tahun hadapan bagi menikmati kadar penalti lebih rendah.

Orang ramai disaran mengambil peluang tawaran kadar penalti antara 10 hingga 15 peratus daripada amaun cukai yang perlu dibayar menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019 bermula 3 Nov lepas.

“Selepas tempoh pengakuan sukarela tamat, pembayar cukai yang tidak mengambil peluang ini dan dikesan melakukan ketidakpat­uhan dalam pengisytih­aran cukai pendapatan mereka boleh dikenakan penalti yang lebih tinggi antara 80 hingga 300 peratus,” menurut kenyataan itu.

Pembayar cukai hanya perlu mengisi borang melalui e-filling atau borang kertas manakala mereka yang membuat pengisytih­aran cukai pendapatan tidak tepat boleh menghantar surat atau e-mel kepada LHDN bagi membuat pengakuan sukarela dan melaporkan pendapatan­atauperbel­anjaan sebenar, menurut kenyataan itu. - Bernama

 ??  ?? PESERTA yang hadir pada Seminar Percukaian Kebangsaan 2018.
PESERTA yang hadir pada Seminar Percukaian Kebangsaan 2018.
 ??  ?? SABIN SAMITAH
SABIN SAMITAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia