Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan penumpang cedera bas ekspres langgar treler

-

KUANTAN: Seramai sembilan penumpang dan seorang pemandu bas ekspres cedera selepas bas dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 95, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata pada kemalangan pukul 1.15 pagi itu, mereka yang cedera terdiri daripada lima penumpang wanita dan empat lelaki termasuk dua warganegar­a Nepal.

Kemalangan juga menyebabka­n pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan minyak pelincir cedera ringan di kepala dan kaki.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas yangmembaw­a25penumpa­ng dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di ibu negara ke Kuantan dipercayai gagal mengawal kenderaann­ya.

“Ia menyebabka­n bas itu melanggar belakang treler yang juga menghala ke arah Kuantan, yang semasa itu berada di lorong kanan jalan,” katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Zundin menambah semua mangsa yang cedera hanya mengalami kecederaan ringan seperti patah gigi, bengkak di beberapa anggota badan dan luka di bibir serta kepala.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Beliau menambah polis juga mengambil sampel air kencing pemandu bas berusia 34 tahun dan pemandu treler berusia 49 tahun manakala kedua-dua kenderaan terlibat dibawa ke Puspakom Temerloh untuk pemeriksaa­n.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia