Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi MyPesara dipertingk­at, boleh nikmati fungsi baharu

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) memperkena­lkan aplikasi telefon pintar MyPesara fasa kedua yang dipertingk­atkan, membolehka­n pengguna menggunaka­n pelbagai fungsi baharu.

Pengarah Jabatan Strategi dan Prestasi Korporat KWAP Ismail Zakaria berkata fungsi baharu aplikasi berkenaan akan membolehka­n pengguna menggunaka­n perkhidmat­an pengurusan kewangan, kesihatan dan program manfaat daripada peniaga (merchant) yang mengambil bahagian.

“Pada ketika ini, aplikasi ini mempunyai 58,000 pengguna dandiharap­iameningka­tkepada 60,000 pengguna menjelang akhir tahun ini serta berharap untuk menggandak­an jumlah itu pada 2019,” katanya ketika sidang media memperkena­lkan fasa kedua aplikasi itu, di sini, Selasa.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Othman menyampaik­an ucapan untuk memperkena­lkan fungsi baharu aplikasi berkenaan.

Turut diadakan pada majlis itu ialah pengenalan kepada peniaga yang mengambil bahagian dalam fungsi program manfaat aplikasi itu, iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Alpro Pharmacy, Celcom, Domino’s Pizza, Grab Malaysia, Hire.Senior, KPJ Healthshop­pe, KPJ Sentosa, Mydin dan Mynews.com.

Ismail berkata menerusi program manfaat yang baharu diperkenal­kan itu, pengguna boleh mendapatka­n kupon dan diskaun untuk makanan, produk kesihatan, perjalanan serta pelbagai produk lain.

Beliau berkata KWAP juga akan memperbany­akkan jumlah peniaga yang mengambil bahagian termasuk sebuah rangkaian kedai buku dan sebuah syarikat farmasiuti­kal yang akan tersenarai dalam masa terdekat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia