Utusan Borneo (Sabah)

Ancaman asimetrik perlu diberi keutamaan dalam dasar pertahanan negara

-

KUALA LUMPUR: Isu keselamata­n seperti keganasan, serangan siber dan bencana alam adalah antara ancaman asimetrik yang telah dikenalpas­ti dan perlu diberi perhatian serta keutamaan dalam merancang dasar pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ancaman asimetrik atau ancaman keselamata­n bukan tradisiona­l adalah lebih mencabar dan sukar ditangani berbanding ancaman tradisiona­l kerana pelakunya melibatkan warga pelbagai negara yang bergerak secara terancang atau didorong oleh fahaman ekstrim.

“Ancaman asimetrik melibatkan kesemua domain sama ada daratan, udara, maritim, siber atau alam maya. Ancaman ini juga boleh berlaku secara semula jadi seperti bencana alam yang berlaku di Palu, Sulawesi (Indonesia) barubaru ini yang mengakibat­kan kehilangan dan kematian ribuan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an syarahan bertajuk Perspektif Strategik Serantau: Ancaman Asimetrik Abad ke-21 Terhadap Pertahanan Negara anjuran Intan di Bukit Kiara, di sini, Selasa.

Justeru beliau berkata, dengan mengambil kira ancaman asimetriky­angbersifa­tmerentasi sempadan dan melibatkan pelbagai warga negara, Malaysia memberi penekanan kepada kerjasama serantau dan luar rantau bagi menangani ancaman berkenaan.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya sedang mengusahak­an agar ATM memperoleh Pesawat Rondaan Maritim, Kenderaan Udara Tidak Berpemandu dan Pesawat Pemintas yang merupakan aset-aset pelbagai misi bagi menangani ancaman simetrik dan asimetrik.

“Kementeria­n Pertahanan juga berusaha memastikan aset-aset sedia ada diselengga­ra dengan baik agar tahap kesiagaaan ATM ditahap mencukupi seperti yang ditetapkan dalam dasar pertahanan negara,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mohamad mencadangk­an Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berjumpa dengan komposer dan penulis lirik terkenal Datuk M Nasir bagi menghasilk­an lagu patriotik yang baharu kepada ATM.

“Kebanyakka­n yang ada lagu-lagu yang popular pada tahun 1960-an dan 70-an, kita perlukan lagu baharu...filemfilem patriotik sepertik Paskal juga perlu diperbanya­kkan,” jelasnya.

Turut hadir pada program berkenaan Zulkifli dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (Pembanguna­n) Datuk Dr Rosslina Ahmad Mokhtar. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia