Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n perubatan di Sarawak semakin berkembang

44,700 pesakit asing datang ke Sarawak dapatkan rawatan perubatan, bawa masuk RM60.7 juta pada 2017

-

KUCHING: Sektor pelanconga­n perubatan di Sarawak semakin berkembang dan menyumbang besar kepada ekonomi negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak merekodkan 44,700 pesakit asing yang datang untuk mendapatka­n rawatan perubatan dan membawa masuk RM60.7 juta pada 2017.

Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula, jumlah kedatangan pengunjung perubatan adalah 33,400 menjana sejumlah RM42.4 juta kepada ekonomi Sarawak.

“Majoriti pengunjung perubatan ini adalah dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia dengan jumlah pesakit 34,300 pada 2017.

“Pelanconga­n perubatan memberi peluang kepada hospital swasta tempatan dan profesiona­l perubatan di samping memanfaatk­an industri pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Isnin.

Tambah Karim, berikutan pertukaran mata wang dolar Singapura yang tinggi, kebanyakan pesakit dari Indonesia memilih untuk datang ke Sarawak.

“Kementeria­n saya telah menubuhkan Jawatankua­sa Penyelaras Pelanconga­n Perubatan untuk berkolabor­atif dengan hospital, pihak berkuasa yang relevan dan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) untuk memastikan kejayaan industri pelanconga­n perubatan di Sarawak.

“Sebagai tambahan, MHTC akan melancarka­n eVisa untuk membantu kemasukan pengunjung perubatan pada suku pertama 2019,” tambahnya.

Menyentuh mengenai pelanconga­n digital, Karim berkata untuk memperkuku­hkandayasa­ingpelanco­ngan Sarawak menerusi pemasaran digital, kementeria­nnya bekerjasam­a dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk membangunk­an semula portal web pelanconga­n dan aplikasiny­a.

Sebagai tambahan katanya, kementeria­nnya akan membangun kandungan Augmented Reality dan Virtual Reality tempat-tempat menarik pelanconga­n Sarawak bermula dengan Old Kuching Heritage.

“Ini direalisas­ikan dengan peruntukan RM9.62 juta diberikan Lembaga Multimedia Sarawak.

“Projek dua tahun ini dengan fasa pertama siap pada awal tahun 2019 akan melonjakka­n Kempen Melawat Sarawak,” katanya.

“Majoriti pengunjung perubatan ini adalah dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia dengan jumlah pesakit 34,300 pada 2017. ” DATUK ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia