Utusan Borneo (Sabah)

Belum dapat bebas rabies

Sarawak diisytihar­kan

-

KUCHING: Sarawak hanya dapat diisytihar­kan bebas rabies jika negeri ini kekal bebas rabies manusia dan haiwan bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyasarka­n rabies dihapuskan secara global pada 2030.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes rabies yang disahkan makmal dengan 12 daripadany­a meninggal dunia susulan penyakit tersebut.

“Sehingga penghujung Oktober 2018, semua bahagian di Sarawak kecuali Limbang diisytihar­kan sebagai kawasan wabak rabies.

“Sebanyak 20,127 kes gigitan haiwan dari kawasan wabak telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sejak 1 April 2017.

“Daripada jumlah ini, 5,557 kes gigitan berisiko tinggi telah menerima vaksinasi anti-rabies,” katanya dalam ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Dr Sim, perang ke atas rabies melibatkan kerjasama pelbagai agensi diketuai Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tugas utama PBT adalah untuk memindahka­n anjing terbiar, menyemai kesedaran mengenai rabies dalam kalangan komuniti dan mengawal populasi anjing.

Katanya sebanyak 825 kempen kesedaran dan ceramah telah dianjurkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak dan pihak berkuasa tempatan dengan kehadiran 138,256 orang.

Setakat ini katanya, hampir satu juta risalah telah diedarkan kepada komuniti dan 513 poster dan kain rentang telah diletakkan di lokasi strategik untuk menimbulka­n kesedaran umum terhadap rabies.

Dalam pada itu, satu mesyuarat mengenai rabies akan diadakan selesai Persidanga­n DUN ini dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri.

 ??  ?? DR SIM (tengah) meneliti inti pati teks ucapan penggulung­annya pada Persidanga­n DUN pada Isnin. Turut kelihatan Menteri Utiliti Dato Sri Stephen Rundi Utom (kiri) dan Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin (kanan).
DR SIM (tengah) meneliti inti pati teks ucapan penggulung­annya pada Persidanga­n DUN pada Isnin. Turut kelihatan Menteri Utiliti Dato Sri Stephen Rundi Utom (kiri) dan Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia