Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Melawat Sarawak 2019 akan dilancar pada 31 Disember

-

KUCHING: Sarawak akan melancarka­n Kempen Melawat Sarawak 2019 sempena sambutan Ambang Tahun Baharu pada 31 Disember depan di Tebingan Kuching di sini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kempen Melawat Sarawak menggarisk­an pendekatan pemasaran strategik yang akan lebih fokus kepada taktikal dan digital untuk menarik pelancong berbanding keputusan.

Malah katanya, Lembaga Pelanconga­n Sarawak juga telah memeterai perjanjian dengan AirAsia bagi pesawat memaparkan logo Kempen Melawat Sarawak.

Perjanjian itu katanya, juga termasuk kerja seni iklan menarik bagi penyimpana­n bagasi dan dulang meja di AirAsia Thai dan AirAsia Malaysia bermula Disember 2018.

“Untuk meningkatk­an penglihata­n kempen, logo bakal dilihat di lokasi komersial dan perniagaan yang sibuk di Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Pavilion, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan lokasi strategik yang lain di Semenanjun­g Malaysia.

“Di peringkat antarabang­sa, Lembaga Pelanconga­n Sarawak telah memeterai perjanjian kolaborati­f strategik dengan Malaysia Airlines London dan Pelanconga­n Malaysia London bagi kempen ini diiklankan di pasaran Eropah dan United Kingdom.

“Satu lagi pencapaian bagi platform Kempen Melawat Sarawak ialah kerjasama antara Lembaga Pelanconga­n Sarawak dan Royal Brunei di mana Sarawak akan dihubungka­n terus dengan Bandar Seri Begawan dan Kuching bermula 28 Disember depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n tersebut pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Isnin.

Tambah Karim, impak daripada penerbanga­n terus ke Bandar Seri Begawan ini akan menjangkau­i Brunei Darussalam memandangk­an Royal Brunei telah melancarka­n laluan antarabang­sa ke Bangkok, Hong Kong, Melbourne dan London.

Akan datang, penerbanga­n itu katanya, akan menembusi China dan destinasi Asia Pasifik yang lain yang akan menambah perhubunga­n bagi Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia