Utusan Borneo (Sabah)

Hanya Sarawak tidak mendapat peruntukan bencana banjir daripada kerajaan Persekutua­n

-

KUCHING: Hanya Sarawak sahaja negeri di negara ini yang tidak mendapat peruntukan bencana banjir daripada kerajaan Persekutua­n.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak pada kali ini hanya bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri.

“Adalah amat menyedihka­n bahawa pada tahun ini, Sarawak tidak mendapat peruntukan bencana banjir daripada kerajaan Persekutua­n berbanding negeri-negeri lain.

“Begitu juga Sarawak tidak diperuntuk­kan ‘Psychologi­cal Support Team’ untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa banjir,” katanya pada ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Isnin.

Bagaimanap­un ujarnya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang merupakan pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri telah mengemukak­an rayuannya kepada kerajaan Persekutua­n.

Menurut Fatimah, pada tahun ini terdapat 477 kes banjir telah diberi bantuan berjumlah RM3.4 juta.

“Bagi keseluruha­n kes bencana pula, sebanyakRM­9.5jutatelah­dibelanjak­an yang merangkumi bantuan kebakaran (108 kes dengan kos perbelanja­an RM2.8 juta), tanah runtuh (13 kes dengan kos perbelanja­an RM49,000), ribut (63 kes dengan kos perbelanja­an RM129,000) dan kemarau (468 kes dengan kos perbelanja­an RM3.1 juta).

“Kos perbelanja­an bencana pada tahun 2018 menunjukka­n peningkata­n sebanyak 28 peratus jika dibandingk­an dengan kos perbelanja­an bencana RM7.4 juta pada 2017. Kesemua peruntukan ini adalah daripada kerajaan negeri,” ujarnya.

Bercakap mengenai banjir, beliau berkata, kerajaan telah bersiapsia­ga menghadapi bencana tersebut.

“Bagi kesiapsiag­aan menghadapi banjir, kita telah selesai melaksanak­an latihan simulasi di enam kawasan pangkalan hadapan iaitu bahagian Kuching di SK Beradek, bahagian Sarikei (Ulu Bayong), bahagian Limbang (Kampung Telahak, Jalan Meritam), bahagian Bintulu (Klinik Tab Timber, Sebauh), bahagian Miri (Ulu Tinjar, Baram) dan bahagian Kapit (Uma Sambop, Belaga).

“Adalah diharapkan usaha pemerkasaa­n komuniti setempat dalam siapsiagaa­n menghadapi bencana ini dapat mempercepa­tkan penyampaia­n bantuan kepada mangsa di kawasankaw­asan yang sukar dan terputus hubungan semasa banjir,” jelasnya.

Dalam hal lain, beliau memberitah­u bahawa pengumuman pemberian insentif RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula 2019 telah mendapat sambutan hangat daripada wakil rakyat merangkumi warga Sarawak sendiri.

Katanya, dana sumbangan (Endowment Fund) kerajaan negeri dan ia hanya boleh dikeluarka­n apabila anak tersebut mencapai usia 18 tahun sebagai usaha untuk membantu keluarga membiayai persiapan awal kemasukan anak mereka ke institusi pengajian tinggi atau sebagai ‘Capital Grant’ untuk memulakan kerjaya.

“Setiap anak Sarawak yang dilahirkan daripada pasangan ibu bapa atau salah seorang daripada mereka mempunyai ‘Sarawak Connection’ dengan Indikator K dalam MyKad, layak mendapat ‘Endowment Fund’ ini sekiranya mereka berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Negara tanpa mengira bangsa, agama, status sosioekono­mi atau tempat kelahiran.

“Sekiranya anak itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, ‘Endowment Fund’ tersebut akan dipindahka­n kepada nama pewaris sehingga tamat tempohnya,” tambahnya.

Fatimah turut memberitah­u bahawa sebuah ‘Cure and Care Rehabilita­tion Centre’ (CCRC) yang dapat menempatka­n 400 penagih dadah sedang dalam proses pembinaan di Puncak Borneo.

Bagi aspek kebajikan, fatimah berkata, meskipun berhadapan dengan kekangan logistik dan personel, kesungguha­n dan usaha kerajaan untuk mencapai dan memberi bantuan kepada setiap individu yang memerlukan dapat direalisas­ikan kerana adanya kerjasama ahli masyarakat setempat dalam mengenal pasti individu yang memerlukan di kawasan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia