Utusan Borneo (Sabah)

S’wak tuntut tunggakan bahagian Cukai Pelanconga­n lebih RM2.3j

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menuntut tunggakan bahagian Cukai Pelanconga­n lebih RM2.3 juta yang sepatutnya diterima daripada Kerajaan Persekutua­n.

Tunggakan tersebut menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melibatkan kutipan cukai antara September hingga Disember 2017 termasuk tahun ini.

“Pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai 2018, saya melaporkan bahawa kerajaan persekutua­n memaklumka­n pejabat saya mengenai pembayaran bahagian Cukai Pelanconga­n Sarawak yang dikutip antara September hingga Disember 2017 berjumlah RM439,731.

“Bagaimanap­un, sehingga kini kami tidak menerima jumlah tersebut termasuk jumlah tunggakan kepada kita bagi tahun 2018.

“Kami berharap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan persekutua­n akan segera menyalurka­n keseluruha­n jumlah tunggakan ini kepada kita di mana setakat ini jumlah Cukai Pelanconga­n dikutip sehingga September 2018 ialah lebih RM4.6 juta.

“Ini bermakna Sarawak seharusnya menerima RM2.3 juta,” katanya dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n DUN di sini pada Isnin.

Tambah Karim, jumlah besar ini akan digunakan bagi menganjurk­an program dan inisiatif berkaitan pelanconga­n.

Menyentuh mengenai prospek dan prestasi Sarawak dalam sektor pelanconga­n, Karim berkata dari Januari hingga September tahun ini, jumlah kedatangan pengunjung adalah lebih 3.23 juta.

Lima sumber pengunjung tertinggi bagi Sarawak adalah Brunei Darussalam (satu juta lebih), Indonesia (321,307), Filipina (43,688), China (43,102) dan Singapura (33,326).

Bagi China ada peningkata­n menggalakk­an iaitu 15.78 peratus berbanding tempoh sama 2017 disumbang oleh penerbanga­n terus Kuching-Shenzhen dan kempen pemasaran bagi pasaran China.

Bagi Singapura, tempoh sama pada 2018 menunjukka­n peningkata­n 10.84 peratus berikutan kempen pemasaran agresif di Singapura dan adanya lebih daripada 600 tempat duduk setiap hari ditawarkan oleh Mas, AirAsia dan Scoot Airline.

“Berdasarka­n prestasi dan trend bagi tempoh beberapa bulan yang lepas ini, kementeria­n saya menyasarka­n 4.5 juta kedatangan pengunjung dan RM8.05 bilion dalam resit pelanconga­n.

“Dengan pelancaran Kempen Melawat Sarawak, kementeria­n saya akan lebih proaktif dalam menyampaik­an misi kita untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n perdana dan menjangkak­an menerima lima juta kedatangan pengunjung pada 2019,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia