Utusan Borneo (Sabah)

Kematian Stan Lee buat peminat sedih, terkejut

Legenda komik adiwira Marvel meninggal pada usia 95 tahun

-

PENULIS, pengarang dan penerbit bertaraf legenda yang bertanggun­gjawab menghidupk­an komik Marvel Universe, Stan Lee, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Portal hiburan TMZ melaporkan, khabar kematian pada awal pagi Isnin itu disahkan oleh anak perempuann­ya, JC.

Ambulans telah digegaskan ke kediaman mendiang di Hollywood Hills untuk membawanya ke Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles. Lee diumumkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Sejak setahun yang lalu, tahap kesihatan Lee merosot akibat menderita beberapa penyakit termasuk pneumonia dan masalah penglihata­n.

Lee memulakan dunia adiwira Marvel bersama Jack Kirby pada tahun 1961 dengan ‘The Fantastic Four’.

Mendiang kemudianny­a mencipta watak-watak seperti ‘Spider-Man’, ‘Black Panther’, ‘The Incredible Hulk’, ‘X-Men’, Iron Man dan ‘The Avengers’.

Beliau juga banyak kali mencuri perhatian penonton dengan kemunculan cameo dalam kesemua filem-filem Marvel tersebut.

Hubungan Lee dengan Marvel pernah mengalami masalah apabila syarikat itu memperoleh kejayaan di Hollywood.

Beliau telah memfailkan saman pada 2002 atas isu royalti, yang tidak dibayar sewaktu kemunculan filem pertama ‘SpiderMan’.

Tiga tahun kemudian, kes itu selesai dengan membabitka­n wang sejumlah AS$10 juta.

Isteri Lee, Joan, meninggal dunia pada tahun 2017 pada usia 69 tahun. Para peminat komik, khususnya fanatik dunia adiwira terkejut dan bersedih dengan berita kematianny­a. Antara kata-kata Lee yang paling diingati oleh peminatnya adalah: “Saya pernah

berasa rendah diri kerana ketika rakan-rakan yang lain membina bangunan, saya hanya membuat komik.

“Namun, saya akhirnya sedar bahawa hiburan adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan. “Apabila saya dapat menghiburk­an orang, saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang betul.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia