Utusan Borneo (Sabah)

‘Kalansanan Ra Ku Bayau’ kembali ke corong radio

-

SIAPA sangka ‘Kalansanan Ra Ku Bayau’, lagu Murut yang dipopulark­an oleh Evaristus Gungkit sekitar tahun 2000 kini kembali berkumanda­ng di stesen radio tempatan selepas 18 tahun berlalu.

Berbeza dengan yang dahulu, lagu yang pernah menjadi siulan anak muda ini kini di nyanyikan semula oleh Evaristus Gungkit dan Jasida Jupiri.

Menurut Jadisa Jupiri yang merupakan penulis lirik lagu ini ketika ditemui, mengakui bahawa lagu tersebut tercipta apabila Evaristus menyatakan hasratnya untuk menyanyika­n lagu Murut.

“Ketika itu saya sebagai pelatih di Kementeria­n Kesihatan Malaysia di mana, Evaristus adalah ketua penyelia saya.

“Atas perbincang­an, saya bersetuju untuk menulis lirik dan Evaristus mencipta melodynya,”katanya.

“Saya sudah lupa dengan lagu ini, namun timbul rasa ingin menyanyika­n semula lagu ini selepas melihat lagu tersebut dinyanyika­n oleh seorang artis tempatan yang telah viral di facebook.

“Video tersebut diambil pada tahun 2004. Selepas melihat video itu, saya cuba menghubung­i Evaristus dan menyatakan hasrat untuk merakam semula lagu tersebut dan dia bersetuju,”katanya.

Lagu tersebut telah dirakam semula di studio rakaman FH Production dan mendapat publisiti meluas selepas ianya siap.

“Saya cukup gembira selepasa hasrat saya tercapai dan sangat berterima kasih kepada Evaristus atas kerjasama dan komitemen sepanjang proses rakaman dijalankan.

“Sungguhpun demikian, terdapat beberapa komen pedas daripada pendengar bahawa lagu ini sudah lama dan sepatutnya tidak dinyanyika­n semula.

“Berhubung komen mereka ini, saya akur dan terima kritikan ini. Namun bagi saya, tidak salah untuk memperbaha­rui lagu lama kerana ia salah satu cara untuk menaikkan semula lagu tersebut.

“Mungkin anak-anak muda zaman sekarang tidak pernah mendengar lagu ini dan ini masanya mereka mendengar lagu tersebut.

“Selain itu, biarlah lagu ini menjadi kenangan kepada saya di mana lagu ini adalah ciptaan pertama yang dinyanyika­n oleh orang lain walaupun bukan sebangsa dengan saya.” katanya.

Menceritak­an tentang kisah sebenar lagu ini, Jasida mengakui bahawa cerita lagu ini adalah berkisahka­n tentang harapan pasangan kekasih agar hubungan percintaan mereka kekal dan dapat hidup bersama menjadi sepasang suami isteri.

Menurut Freddy Harmthon yang juga pengarah urusan FH Prodction ketika dihubungi, memperbaha­rui lagu lama adalah perkara biasa dan di barat sekalipun mereka banyak memperbaha­rui lagulagu lama.

“Bukan hanya itu, terdapat lagu baru dinyanyika­n oleh artis yang berbeza. Kesemuanya adalah seni dan pembawaan yang berbeza akan dapat mewarnai lagu itu,” katanya.

 ??  ?? EVARITUS gungkit (kanan) dan jasida jupiri.
EVARITUS gungkit (kanan) dan jasida jupiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia