Utusan Borneo (Sabah)

Bersatu nafi pancing wakil rakyat Umno

Tindakan sesetengah individu nyatakan sokongan kepada parti adalah pilihan mereka sendiri

-

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menafikan dakwaan partinya sedang ‘memancing’ anggota Parlimen daripada UMNO agar menyertai Bersatu.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa Bersatu mewujudkan pasukan petugas khas bagi tujuan itu.

“Saya fikir jika ada anggota UMNO, baik peringkat pucuk pimpinan tertinggi mahupunper­ingkatbaha­gian, berhasrat menyertai Bersatu, itu adalah pilihan mereka.

“Parti (Bersatu) terbuka kepada semua, bukan sahaja kepada anggota UMNO tetapi juga bukan anggota UMNO atau individu yang mahu menyertai parti ini, mereka dialu-alukan,” katanya kepada pemberita di luar persidanga­n Dewan Rakyat, di lobi Parlimen di sini.

Menteri Dalam Negeri itu turut menegaskan tindakan sesetengah individu untuk menyatakan sokongan kepada parti tertentu adalah pilihan individu tersebut.

Pada Isnin, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa wakil rakyat UMNO sedang dipancing oleh parti lain agar menyertai mereka.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet dalam masa terdekat. Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenainy­a.

“Saya tidak pasti tentang perkara itu, tapi bagi saya sendiri saya tidak ada mendengarn­ya,” katanya. -Bernama

“Saya fikir jika ada anggota UMNO, baik peringkat pucuk pimpinan tertinggi mahupun peringkat bahagian, berhasrat menyertai Bersatu, itu adalah pilihan mereka. Parti (Bersatu) terbuka kepada semua, bukan sahaja kepada anggota UMNO tetapi juga bukan anggota UMNO atau individu yang mahu menyertai ” parti ini, mereka dialu-alukan. TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia