Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan tubuh dua jawatankua­sa kaji Sosma, Pota dan Poca

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menubuhkan Jawatankua­sa Khas dan Jawatankua­sa Teknikal Kajian Undang-undang Berkaitan Keselamata­n untuk meneliti secara terperinci peruntukan undang-undang di bawah SOSMA, POTA dan POCA, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara yang dipertimba­ngkan kedua-dua jawatankua­sa termasuk penambahba­ikan tempoh tahanan yang dilihat terlalupan­jang,berkaitank­uasa polis mengenai tangkapan yang dilihat terlalu luas dan boleh disalah guna serta ‘judicial interventi­on’ termasuk kuasa mahkamah untuk mengadakan semakan kehakiman yang agak terhad.

Katanya kedua-dua jawatankua­sa itu penting untuk meneliti kesemua cadangan yang dikemukaka­n pelbagai pihak dalam siri pertemuan dengan pihak berkepenti­ngan (stake holders).

“Sekarang sudah sampai di peringkat akhir di mana kita telah sediakan draf dan kemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan apabila selesai akan dibawa ke pihak jemaah menteri, seterusnya ke Parlimen.

“Kalau boleh bawa untuk sesi Parlimen kali ini kita akan bawa, atau paling lewat pada sesi Parlimen bulan Mac,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PHPetaling Jaya) yang ingin tahu mengapa kerajaan masih bergantung kepada cara penahanan preventif di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 sedangkan Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntu­kkan prosedur tahanan reman bagi kesalahank­esalahan keselamata­n.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada kerajaan akan menghapusk­an SOSMA atau ditukar dengan akta lain, Muhyiddin berkata kesemua akta yang dibawa ke Parlimen dan diluluskan berdasarka­n Perlembaga­an adalah amat penting.

Katanya, tanpa SOSMA, POTA dan POCA, beliau tidak menjamin negara boleh menjadi negara yang selamat sebagaiman­a hari ini. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia