Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa tokoh terkenal bukan ahli politik dikenal pasti sebagai calon Presiden UIAM

-

PUTRAJAYA: Beberapa tokoh terkenal antarabang­sa yang bukan daripada kalangan ahli politik telah dikenal pasti sebagai calon Presiden Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) yang baharu, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Maszlee, yang dilaporkan bersetuju melepaskan jawatan Presiden UIAM yang mencetuska­n kontrovers­i itu, berkata nama-nama calon itu akan dipersemba­hkan kepada Ketua Perlembaga­an UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

“Bakal Presiden UIAM mesti terkenal di peringkat antarabang­sa dan mempunyai reputasi yang tinggi,” katanya selepas melakukan tinjauan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1), di sini pada Selasa.

Maszlee dilaporkan berkata beliau bersetuju melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAMdanmen­unggusehin­gga istiadat konvokesye­n UIAM, yang sedang berlangsun­g berakhir, sebelum memberi laluan kepada pengganti yang bakal dilantik.

Dalam perkembang­an lain, Maszlee menafikan berita berhubung rombakan Kabinet melibatkan beliau dan menyifatka­nnya sebagai hanya satu khabar angin bagi mengalihka­n kes siasatan berprofil tinggi sebelum ini.

Maszlee berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta beliau agar merombak kokurikulu­m pelajaran pada pertemuan baru-baru ini.

“Beliau minta saya rombak kokurikuku­m dan bukannya pasal Kabinet. Takkan perkara yang memerlukan komitmen empat tahun, hendak rombakan Kabinet pula,” katanya.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan Perdana Menteri akan melakukan rombakan Kabinet bulan depan kerana tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Portal itu mendakwa nama Maszlee dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun antara bakal digugurkan. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? MASZLEE (kanan) beramah mesra bersama calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) pada Selasa. Seramai 421,706 calon menduduki peperiksaa­n itu yang bermula Selasa sehingga 13 Disember ini.
GambarBern­ama MASZLEE (kanan) beramah mesra bersama calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) pada Selasa. Seramai 421,706 calon menduduki peperiksaa­n itu yang bermula Selasa sehingga 13 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia