Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuh

-

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhka­n termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan itu yang dicapai secara kolektif pada 10 Okt lepas turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972.

Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006, Akta Perdaganga­n Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Susulan daripada keputusan itu, memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan kepada semua kementeria­n berkaitan untuk mendapatka­n ulasan dan pandangan orang awam mengenai keputusan kerajaan itu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian untuk memansuhka­n hukuman mati sama ada akan memberikan pengecuali­an kepada jenayah kejam.

Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan pula, Liew berkata Rang Undang-Undang Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dijangka akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang setelah semua isu dan dasar dimuktamad­kan.

Beliau berkata mesyuarat susulan yang diadakan berkenaanp­enubuhanIP­CMC telah bersetuju terhadap usul-usul yang dibentangk­an bagi memastikan PCMC ini benar-benar bebas, efektif dan mempunyai kuasa untuk menangani masalah dalam agensi penguat kuasa tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia