Utusan Borneo (Sabah)

IACHR kritik polisi antijenaya­h Bolsonaro ‘kejam’

Pemandu didapati bersalah rempuh mati enam di Melbourne

-

MELBOURNE: Seorang pemandu yang sengaja merempuh pembeli-belah di pusat bandar kedua terbesar di Australia, menyebabka­n enam orang maut dan 27 lagi cedera, telah didapati bersalah bagi pembunuhan oleh juri semalam.

James Gargasoula­s, 28, mengaku tidak bersalah bagi amukan pada Januari 2017 di Bourke Street, Melbourne, yang menurut polis tiada kaitan dengan keganasan.

Bourke Street, sebuah kawasan beli-belah dan restoran terkenal, merupakan tempat kejadian serangan pisau dan cubaan pengeboman kereta pada Jumaat lepas yang menurut polis adalah satu serangan pengganas serta menyebabka­n dua lelaki terbunuh, termasuk penyerang.

Juri Mahkamah Agung mengambil masa sekurangku­rangnya sejam untuk mendapati Gargasoula­s bersalah bagi 33 tuduhan – enam bagi pembunuhan dan 27 bagi tindakan cuai yang membahayak­an nyawa.

Mereka yang terbunuh termasuk seorang bayi berusia tiga bulan di dalam kereta sorong bayi, seorang budak perempuan berusia 10 tahun dan seorang pelajar Jepun.

Beberapa mangsa dan keluarga mengesat air mata mereka ketika ketua juri membacakan keputusan bersalah selepas perbicaraa­n selama seminggu, lapor akhbar Herald Sun di Melbourne.

Pendakwa raya Kerri Judd pada mulanya memberitah­u juri bahawa “ini adalah kes yang lebih jelas untuk liabiliti jenayah yang kamu tidak pernah akan temui”, lapor akhbar.

Gargasoula­s telah memberitah­u mahkamah kelmarin bahawa dia memohon maaf “dari hati” bagi tindakanny­a.

“Namun itu tidak akan membetulka­n apa-apa sekiranya saya meminta maaf. Begitu juga dengan hukuman yang lama bagi membaiki apa yang saya telah lakukan.”

Perbicaraa­n rayuan telah dijadualka­n pada 29 Januari tahun depan.

Satu lagi amukan kereta berlaku pada Disember di kawasan berhampira­n Flinders Street, menyebabka­n seorang terkorban dan lebih 12 lagi cedera.

Sejak itu, bandar-bandar di Australia telah meningkatk­an perlindung­an terhadap serangan kenderaan, termasuk pemasangan tonggak jalan dan penghadang.

Kerajaan turut mengeluark­an satu panduan kepada para peniaga dan kerajaan tempatan pada Ogos tahun lepas mengenai betapa terdedahny­a kawasan mereka kepada serangan dan bagaimana untuk menjadikan ia lebih selamat, dengan laporan tersebut dikemukaka­n selepas serangan kenderaan meragut nyawa di Barcelona, Nice dan London. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia