Utusan Borneo (Sabah)

Perkenal destinasi pelanconga­n Indonesia

Kemenpar bawa media Sabah lawat Sulawesi Selatan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kementeria­n Pariwisata (Kemenpar) Republik Indonesia membawa media Sabah termasuk Utusan Borneo melawat Sulawesi Selatan dari 5 sehingga 10 November untuk memperkena­lkan tarikan pelanconga­n di wilayah berkenaan.

Program yang turut diatur bersama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau itu juga disertai oleh tujuh pemain industri pelanconga­n yang aktif di Sabah khususnya di Tawau.

Sepanjang program enam hari itu, lima wartawan yang mewakili akhbar nasional dan tempatan serta televisyen dan portal menerima tajaan penuh Kemenpar dan KRI Tawau.

Rombongan yang disertai tiga pegawai KRI Tawau, wakil Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dan Pejabat Parlimen Tawau itu disambut Kemenpar sebaik tiba di Kota Makassar.

Ketua rombongan, Sekretaris I Pelaksana Fungsi Ekonomi KRI Tawau Septania Rubi Prameswari berkata program lawatan itu dikenali sebagai Familiariz­ation Trip (Famtrip).

“Famtrip diadakan bertujuan untuk memperkena­lkan wilayahwil­ayah yang ada di Indonesia untuk dipromosik­an sebagai pusat tarikan pelanconga­n kepada warga luar.

“Kali ini kita memilih wilayah Sulawesi Selatan yang menawarkan pelbagai tarikan pelanconga­n seperti budaya, makanan, tapak bersejarah dan keindahan alam semulajadi.

“Sudah pasti kita melihat potensi wilayah ini sebagai pusat pelanconga­n pilihan warga Sabah khususnya Tawau terutamany­a yang berketurun­an Bugis dan Toraja,” katanya.

Septania berharap lawatan yang diatur itu juga akan dapat mewujudkan hubungan kerjasama antara pemain industri pelanconga­n di Sulawesi Selatan dan Tawau.

Pada masa sama, beliau optimis jika hubungan kerjasama yang terjalin kelak juga akan turut melibatkan usaha membawa pelancong dari Sulawesi Selatan melancong ke Tawau.

Sepanjang enam hari di Sulawesi Selatan, ahli rombongan dibawa melawat ke pelbagai lokasi menarik khasnya di Makassar dan Tana Toraja, serta daerah lain di wilayah itu.

Antaranya, Bugis Waterpark, Trans Studio Makassar, Muzium Balla Lompoa - istana Kerajaan Gowa, Masjid Tua Katangka dan Kompleks Makam Keturunan Raja Gowa.

Turut dilawat, Benteng Somba Opu yang terkenal dan dibangunka­n Kerajaan Gowa - Tallo sebelum dinamakan sebagai Fort Rotterdam selepas diambil alih penjajah Belanda.

Fort Rotterdam turut menempatka­n sebuah pusat tahanan nasionalis terkenal Indonesia, Pangeran Diponegoro, yang bangkit menentang penjajahan Belanda di Tanah Jawa.

Malah, Fort Rotterdam juga pernah muncul sebagai pusat perniagaan rempahratu­s terbesar di dunia pada abad ke 14 sehingga 16, selain menempatka­n Muzium La Galigo.

Utusan Borneo difahamkan, nama muzium itu diambil sempena karya epik terpanjang di dunia iaitu La Galigo dan manuskrip asalnya ditulis menggunaka­n bahasa Bugis lama.

Rombongan Famtrip turut dibawa ke Tana Toraja dan diperkenal­kan dengan ciri khusus orang Toraja berkaitan tongkonan (rumah adat), ritual pemakaman dan seni kraftangan.

Untuk rekod, rombongan Famtrip ini adalah susulan kejayaan lawatan Famtrip terdahulu ke Kepulauan Derawan, Kalimantan Timur pada 2017 yang turut disertai Utusan Borneo.

“Kali ini kita memilih wilayah Sulawesi Selatan yang menawarkan pelbagai tarikan pelanconga­n seperti budaya, makanan, tapak bersejarah dan keindahan alam semulajadi.

SEPTANIA RUBI PRAMESWARI Ketua rombongan, Sekretaris I Pelaksana Fungsi Ekonomi KRI Tawau

 ??  ?? SEPTANIA
SEPTANIA
 ??  ?? ROMBONGAN Famtrip yang tiba di Bandar Udara Internasio­nal Sultan Hasanuddin, Makassar diraikan oleh Ketua Bidang Pemasaran Kemenpar Kawasan Kalimantan, Sarawak, Sabah dan Brunei, Sapto Haryono (tujuh kiri), yang turut mewakili Deputi Bidang Pengembang­an Pemasaran 1 Kemenpar.
ROMBONGAN Famtrip yang tiba di Bandar Udara Internasio­nal Sultan Hasanuddin, Makassar diraikan oleh Ketua Bidang Pemasaran Kemenpar Kawasan Kalimantan, Sarawak, Sabah dan Brunei, Sapto Haryono (tujuh kiri), yang turut mewakili Deputi Bidang Pengembang­an Pemasaran 1 Kemenpar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia